Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) Conference and Exhibition adalah antara persidangan pendidikan terbesar diperingkat antarabangsa. UTM sangat-sangat bertuah apabila berjaya dalam membida untuk menjadi penganjur utama persidangan tahunan ini. Semuanya dimulakan di UTM International (UTMi) mungkin 3-4 tahun lebih awal. Aku kurang pasti. Tapi kejayaan membida seterusnya menganjurkan dengan lancar menjadi kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Persidangan APAIE 2019 kali ini berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dari 25 Mac – 29 Mac 2019 dengan melibatkan penyertaan terbesar dalam sejah penganjuran iaitu seramai 2500 penyertaan. Jumlah ini mengatasi bilangan penyertaan sebelumnya di Singapura iaitu seramai 2200 orang.
Peranan aku di APAIE ini fokus hanya kepada protokol majlis dan keperluan VIP sahaja bersama-sama team HEK yang lain. Nampak mudah, tapi banyak cabaran yang perlu dilalui bila mana melayan ragam orang ni. Apa yang penting, koordinasi, persefahaman dan sumber rujukan perlu kuat dalam membuat satu-satu keputusan apabila melibatkan tetamu utama ini.
Seminggu lebih kami berkampung di KL ini dan rumah kami tidak lain hanyalah di Residensi UTM KL. ‘Rumah’ sendiri ada, buat apa cari tempat lain kan. Bila berkampung lama dengan team, ni dapatlah kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Memperkuatkan pasukan untuk terus menyokong dan saling bantu-membantu antara satu-sama lain. Barulah kejayaan yang kita perolehi.
APAIE 2019 ini juga merupakan acara terbesar dan terakhir buat aku bersama HEK. Selesai Program ni, bulan depan aku dah bertukar pejabat. Doakan segala urusan aku dipermudahkan di sana kelak.
Aku kongsikan sikit memori di APAIE 2019.