Program kayuhan beramai-ramai merupakan aktiviti rutin dwi-mingguan Jabatan Harta Bina. Di samping memupuk gaya hidup sihat dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan, program ini juga merupakan tindakan pro-aktif JHB mengenalpasti keperluan penyelenggaraan fasiliti di sekitar kampus.
Program semalam unik, kayuhan dilaksanakan pada waktu malam bersama Datuk Naib Canselor, wakil Jabatan HEP dan wakil MPM melawat fasiliti di kolej-kolej kediaman. Tujuannya memastikan keadaan kolej yang kondusif dan menyokong proses pengajaran & pembelajaran pelajar terutamanya sistem pencahayaan, ruang penginapan dan ruang aktiviti pelajar.
Dari beberapa siri program kayuhan sebelum ini, Alhamdulillah, ianya sangat membantu JHB dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan warga kampus terutamanya pelajar.