Kami di Pejabat Naib Canselor minggu ni mengadakan program ‘Feel to Fill Program’ dengan mengedarkan bungkusan makanan secara percuma kepada pelajar. Fokus kali ini di Arked Cengal. Sebelum ini program yang sama telah di buat di laluan ke Perpustakaan dan juga Arked Lestari.
Untuk memastikan semua pelajar khususnya yang kurang berkemampuan mendapat peluang untuk menerima sumbangan makanan percuma ini. Sumber bagi menganjurkan program ini ditaja sepenuhnya oleh staf di Pejabat Naib Canselor termasuk Naib Canselor sendiri. untuk kali ini, 100 bungkusan disediakan untuk diedarkan kepada pelajar. Insya-Allah kami merancang untuk mengadakan program ini setiap bulan di sekitar kolej.