UTM ditutup berkuatkuasa bermula 21 Mei 2021 lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan hampir 2 minggu berlalu. Semua staf diminta untuk bekerja dari rumah (BDR) dan semua operasi di dalam kampus dihentikan kecuali perkhidmatan perlu dan pentiing untuk warga UTM yang terpaksa tinggal di dalam kampus.
Untuk kami di Pejabat Unit UTMAlumni, aktiviti tugasan dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. Ya, memang banyak cabaran bila kerja daripada rumah. Tapi semua perlu dilaksanakan atas kebertanggunjawapan kepada organisasi. Hari ini, 2 Jun kami seluruh rakan pejabat dapat mengadakan pertemuan untuk kemaskini sebarang tindakan dan mengemaskini sebarang tugasan bersama rakan yang lain.
Moga semua dalam keadaan sihat dan dilindungi sentiasa.