Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui UTMAlumni akan menganjurkan program khidmat komuniti di Kemboja pada tahun ini bersempena Aidiladha 1442H. Program khidmat komuniti ini adalah dengan kerjasama bersama beberapa komuniti luar.

Program komuniti ini akan berlangsung pada 20 Julai 2021 sehingga 22 Julai 2022 dan akan dilaksanakan oleh wakil di Kemboja.

Pautan: http://bit.do/usrutm-kemboja

Program ini akan melibatkan aktiviti korban dan aqiqah serta sumbangan kepada asnaf dan wakaf bagi pembinaan telaga air yang dilaksanakan di beberapa lokasi di Kemboja seperti Kampung Sinjia Sanul, Kratie dan Kranyung Sanchey, Kemboja.

Segala kutipan sumbangan akan diterima sehingga 15 Julai 2021.

Maklumat Akaun bank:
Maybank : 551306-532256 [UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTMALUMNI)]
Catatan rujukan: USR UTM-Kemboja 2021
E-mel : alumni@utm.my

Pautan: http://bit.do/usrutm-kemboja

Sumbangan semua amatlah dihargai dan semoga segala amalan kebajikan yang dilaksanakan ini mendapat manfaat kepada komuniti yang terlibat seterusnya diterima dan mendapat keredhaan-Nya.