YAB Dato Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan amanat tahun baharu 2017 beliau di Pusat Persidangan Antarabangsa PERSADA pada 26 Januari 2017 kelmarin. Gagasan Johor Berkemajuan kekal menjadi tema utama yang perlu digerakkan secara aggresif dalam memacu perkembangan dan kemajuan Negeri Johor atas musabab tiga punca kuasa iaitu:
i. Pertama kerana persekitaran Malaysia dan dunia sentiasa berubah dengan deras sekali.
ii. Kedua, melipatgandakan usaha menjayakan Johor Berkemajuan kerana Johor adakah milik seluruh rakyatnya dan rakyat Negeri Johor adalah sebahagian daripadanya.
iii. Ketiga, pembangunan Johor mestilah berdasarkan pelan yang strategik dan spesifik.
YAB Menteri Besar seterusnya merangka 4 langkah utama bagi memperkasa dan menjayakan konsep Johor Berkemajuan ini bagi mendepani cabaran yang bakal dihadapi bagi 2017 dan seterusnya pada tahun-tahun yang mendatang.
Empat pendekatan haluan yang dicadangkan adalah:
i. Memperkasa TEAM Johor yang berujuk kepada seluruh entiti di dalam Negeri Johor meliputi semua lapisan. Ini merangkumi bukan sahaja Kerajaan Negeri, atau pun penjawat awam sahaja, malah meliputi seluruh lapisan masyarakat, institusi kekeluargaan serta agensi swasta. Semua perlu berperanan bagi meastikan matlamat Johor Berkemajuan kekal relevan dengan situasi global.
ii. Menggiat inovasi dan memanfaatkan sains dan teknologi. Ini menerusi pendekatan digital dalam segenap perkara bukan sahaja tertakluk kepada media sosial malah pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri akan turut berteraskan digital. Penggunaan storan ‘cloud‘ akan dimaksimumkan dalam menyokong perubahan ini. Penemuan baharu dalam sains dan teknologi akan dimanfaatkan sebaiknya demi mendepani keperluan sosial dan ekonomi pada masa akan datang. Ini bertepatan dengan penubuhan Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) yang dilancarkan pada 2016 lalu. Pendekatan ini seterusnya akan diterjemahkan melalui 4 elemen besar iaitu:
- penggunaan media sosial dengan radikal,
- memanfaatkan pelbagai ‘mobile technology’,
- ‘cloud computing’; dan
- analisis kepada data besar atau ‘analytics’ dan ‘big data’.
iii. Melangkah secara agresif dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Johor. Pewujudan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ) adalah bertepatan sebagai blue print kepada langkah agresif ini. Pendekatan yang lebih inovasi dan berdaya saing dalam keusahawanan amat penting bagi menyokong kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Ini dibantu dengan pengukuhan penggunaan digital dikalangan pengguna dan pemain-pemain industri yang mula beralih arah kepada konsep ekonomi digital.
Ini disokong dengan perubahan lanskap ekonomi Malaysia dan di Johor khususnya iaitu:
- melihat ekonomi digital bukan sekadar perniagaan di internet.
- internet menawarkan peluang yang bersifat global tanpa sempadan.
- merupakan salah satu kaedah terbaik bagi Johor memasarkan segala potensi ekonominya kepada masyarakat luar.
Dalam menghadapi cabaran yang tidak menentu pada hari ini, YAB Menteri Besar mencetuskan idea penubuhan Jawatankuasa
Pemandu Ekonomi Masa Hadapan bertujuan mengkaji dan mendalami pelbagai aspek dalam mendepani isu-isu semasa dan masa hadapan. Pendekatan ini merangkumi ekonomi digital secara asasnya demi menjayakan pertumbuhan ekonomi Negeri Johor secara keseluruhannya.
iv. Kebertanggungjawaban dan berintegriti adalah konsep masyarakat pada abad ini. Ini bukan sahaja tertakluk kepada pentadbiran kerajaan negeri sahaja malah kepada setiap indvidu dalam TEAM Johor. Setiap tindakan perlukan pencapaian yang realiti dan bukan omong-omong kosong. Setiap prestasi perlu diukur sebagai indikator kepada pencapaian yang seharusnya dilakar bagi merealisasi impian Johor Berkemajuan tercapai.
YAB Menteri Besar seterusnya meletakkan harapan kepada setiap TEAM Johor yang mempunyai idea, semangat entrepreneurial, berpandangan jauh dan sentiasa memikirkan hal masyarakat, untuk terus mengembeling tenaga bersama-sama Kerajaan Negeri untuk menjayakan Johor Berkemajuan seterusnya membawa Bangsa Johor ke aras yang lebih mapan dan makmur dalam segenap aspek kehidupan.
Insya-Allah.
Klik untuk teks ucapan penuh Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor.