Walau pun hanya lagu, tapi banyak perkara yang perlu diambil berat sebelum lagu-lagu ini dimainkan semasa majlis. Antara yang perlu diberi perhatian adalah rima lagu yang tepat (rhythm), imej yang dipaparkan (video klip) dan kualiti imej dan audio yang dipaparkan. Jika silap, majlis tetap berlangsung, tapi akan sedikit mencacatkan majlis bila mana pertanyaan oleh orang tertentu mula kedengaran.

Makanya, bagi memastikan keseragaman dan kelancaran penganjuran majlis-majlis rasmi di peringkat jabatan, fakulti, universiti atau sebagainya di UTM, pihak Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK) ingin menyarankan penggunaan versi lagulagu rasmi terkini seperti berikut:

Audio
i. Lagu Negaraku (National Anthem)
ii. Lagu Bangsa Johor (Johor State Anthem)
iii. Lagu Keunggulan Terbilang

Video
i. National Anthem (Negaraku)
ii. Lagu Keunggulan Terbilang

Bahan multimedia ini juga boleh diperolehi di laman web rasmi HEK untuk rujukan pada masa akan datang.

https://people.utm.my/corporateevents/multimedia/

Segala kerjasama semua amatlah dihargai.