Penyediaan meja santapan semasa Majlis konvokesyen sentiasa berbeza mengikut keadaan dan situasi sesi konvokesyen tersebut. Sususan meja santapan atau ‘high-table’ dibuat sama ada secara susunan memanjang atau secara meja bulat.

Sejak dua menjak ini, penggunaan meja bulat kerap digunakan memandangkan susun aturnya memudahkan tetamu utama berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak terhad kepada individu di kiri dan kanan sahaja (jika susunan memanjang).

Susunan tempat duduk di ‘high table ‘ ini dibuat mengikut bilangan kehadiran dengan minimum 9 orang sehingga 13 orang mengikut status kehadiran tetamu utama. Bilangan akhir kebiasaannya ditetapkan 2 atau 3 hari sebelum hari kejadian mengikut status jawapan oleh tetamu jemputan.

Kebiasaannya,  dif kehormat yang diutamakan di meja high-table adalah Tuanku Canselor, Pro-Canselor dan pasangan, Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti (LPU), Naib Canselor. Mengikut situasi siri konvokesyen berkenaan, ada kalanya penerima ijazah Doktor Kehormat turut dimasukkan ke meja utama sebagai penghargaan. Ahli LPU yang lain turut kadang kala diambil kira mengikut bilangan tetamu kehormat atau mungkin untuk mencukupkan korum (memenuhkan tempat duduk).

Pokok hiasan turut disertakan dalam persembahan hiasan meja utama. Pokok hidup digunakan untuk menghias dengan disusun atur secara kreatif oleh pihak Unit Lanskap.

Berikut sususan meja ‘high table’ majlis santapan semasa santapan tengahari bagi majlis konvokesyen untuk setiap sesi pertama.

Majlis Santapan Konvokesyen 54 (11 pax)

 

Majlis Santapan Konvokesyen ke- 55 (13 pax)