Di Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM Johor Bahru – 18 Bulan lalu, bermulalah episod baru dalam pengendalian upacara, protokol dan etiket, pengurusan majlis dalam pengalaman kerja saya di UTM.
Dengan ilmu secara formal yang cetak, berbekal pengamalan yang dilalui di alam sekolah dan semasa pengajian di UiTM, cabaran memikul potfolio menguruskan upacara, protokol dan etika termasuklah memberi khidmat nasihat kepada ‘pelanggan’, saya terima dengan hati terbuka. Kepercayaan dan tanggungjawab yang diberi dilaksanakan sedaya usaha.
Sebulan selepas melapor diri di HEK, tawaran menyertai kurus protokol dan etiket bersama pegawai kanan Universiti saya terima, dianjurkan HCD dan dikendalikan oleh Pn Meriam (lupa daripada agensi mana). Tapi perkongsian ilmu beliau amat membantu ketika itu – refreshing the knowledge.
Kemudiannya, sejak daripada itu dan sepanjang 2014, alhamdulillah saya diberi peluang untuk ‘mendepani’ beberapa figura awam yang very very important person (VVIP) melalui majlis yang dianjurkan di UTM. Si ex-junior PRO (yang dulu pegang potfolio saya) pun jealous dengan apa yang saya lalui.
Majlis utama dengan tetamu yang sempat saya kutip berdasarkan pengalaman protokolnya ,
i. Majlis Konvokesyen ke 51 [DYMM Raja Zarith Sofiah – belum Permaisuri Johor pada masa itu].
ii. Hari Kastam Sedunia [YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia]
iii. Lawatan DYMM ke Makmal Marin UTM [DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor].
iv. Perasmian Galeria Siswa, UTM [YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor].
v. Perasmian Penutup Jom Masuk U [YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia].
vi. Pelancaran Buku Tun Abdullah Ayub [YB Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan].
Jadi itu antara program2 yang mana saya diketemukan dengan ‘top-top gun’ dalam negara, sangat menarik dan setiap individu perasmi itu ada persamaan dan ada juga pebezaannya daripada segi urusan protokolnya.
Mahu tahu lebih lanjut perjalanan dalam pengurusan majlis sebagai mana yang saya lalui? Teruskan ikuti entri seterusnya, insha-Allah, akan saya kongsikan pada entri selanjutnya.