Alhamdulillah, pertama kali dalam sejarah hidup diberikan kesempatan untuk berkongsi ilmu bersama rakan-rakan dari Persatuan Sukan Orang-orang Pekak Malaysia pada 21 Januari 2107. Seramai hampir 30 orang peserta mewakili persatuan dari negeri  masing-masing hadir menjayakan kursus ini. Kursus berlangsung hampir sehari dengan pengisian kursus adalah berkaitan mengurusan acara, protokol dan etiket.

Keperluan kemahiran dalam menguruskan acara serta mengetahui asas berkaita protokol dan etiket perlu kepada peserta memandangkan mereka akan menganjurkan kejohanan sukan orang-orang pekak Asean pada pertengahan tahun 2017 ini.

Sesi kursus dimulakan dengan pengenalan kepada asa protokol serta pergaulan dan etiket sosial sebelum diteruskan dengan slot pengurusan acara. Pada sesi sebelah petang, para peserta didedahkan dengan mock event, dengan diberikan situasi dan mereka diminta untuk mengendalikan majlis tersebut. Proses asas daripada peringkat perancangan dan semasa majlis juga didedahkan kepada peserta agar ilmu pengurusan acara ini dapat difahami dengan lebih jelas.

Pengalaman menyampaikan ceramah dalam keadaan kelas yang sunyi dibantu oleh penterjemah memang pengalaman yang istimewa untuk diingati. Terima kaish sekali lagi kepada Persatuan orang-orang Pekak Malaysia atas peluang yang diberikan. Moga anda semua dpat mempraktikan segala ilmu untuk keperluan akan datang.