Pengesanan wang palsu boleh dilakukan dengan menggunakan Mesin Pengesan Wang Palsu yang boleh didapati di pasaran (rujuk gambar). Mesin ini boleh ditempatkan di kaunter yang membuat penerimaan wang di PTJ anda.

Selain dari itu, Bank Negara Malaysia ada membangunkan satu aplikasi yang digunakan untuk memberikan pendidikan berkaitan cara mengesan wang palsu. Aplikasi yang dimaksudkan adalah My Ringgit yang boleh dimuat turun di Apps Store & Google Play di telefon pintar anda.

Sebagai rujukan, Saudara boleh rujuk kepada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut : Info Berkaitan Aplikasi My Ringgit

Apa yang perlu dilakukan sekiranya menerima wang palsu :

1. PTJ perlu membuat laporan polis & majukan salinan laporan polis kepada Pejabat Bendahari.
2. Pejabat Bendahari akan membuat pelarasan kepada wang yang diterima sekiranya ianya telah diakaunkan.
3. PTJ perlu menuntut semula wang tersebut sekiranya pembayar boleh dikenalpasti.

Pejabat Bendahari meminta semua PTJ untuk dapat memberikan kerjasama dengan membuat pengesanan wang palsu sebelum menerima wang untuk memastikan wang yang diterima oleh semua PTJ di UTM Johor Bahru & Kuala Lumpur adalah wang yang tulen. Marilah kita bersama-sama bertanggungjawab dalam perkara ini.

sumber: Pejabat Bendahri