Untuk tahun ke-5 di HEK, saya diberi peluang sekali lagi untuk merencana perjalanan HEK untuk tahun 2019 bersama-sama team HEK yang lain. Pra bengkel telah dibuat lebih awal, tapi saya tak dapat turut serta masa tu.
Sesi bengkel sehari ini pada 20 Disember 2018 dibuat ringkas, sekadar memurnikan semula perancangan yang telah diderafkan lebih awal masa pra-bengkel sebelum ini. Pada sesi petang semua wakil unit membentangkan perancangan masing-masing. Semua team di UTM JB hadir tetapi tidak team daripada UTM KL.
Bengkel simple buat harapnya hasil yang diperolehi 2019 nanti sedikit sebanyak mampu menjayakan agenda universiti pada tahun depan. Chayook!! (angkat tangan tunjuk mussel).