Hari ke 2 (9/10/2023) yang riuh dengan pelbagai isu. 

Isu utama haruslah berkenaan dengan fasiliti mengajar. Maklumlah bangunan tertua di UTM ni. Macam-macam la ragamnya. Maka, hari ke 2 semester baru pun ditimbuni dengan aduan umpana anak mengadu kepada ayahnya. Haha. 

“Ada sesapa boleh tolong saya, tak jumpa suis projector”

“projektor tak hidup”

“aircond tak function”

“whiteboard tak boleh padam” 

Haha.. mcm2 tapi tulah unit fasiliti FS mmg terbaik setakat ini. Ada 2 tenaga kerja tapi melayani kami dari bangunan ke bangunan yang lain. Actually, townhall fasiliti FS pun dah detailkan setiap kerosakan yang ada. Minta bersabar sebab kekangan utama adalah bajet. Ada bajet sendiri pun belum tentu boleh selesaikan masalah yang ada sebab perlu melalui beberapa prosedur/birokasi yang biasa.

Kami, biasalah dah tau tapi kadang saja nak mengadu hahaha. Namun, org fasiliti FS memang terbaik dah.

Masa pertama berlalu dengan tenang selepas masing-masing terima bantuan pantas unit fasiliti. Riuh plk dengan serangan cik Mon and family. Haha kelakar tapi itulah ‘pelawat tak diundang’ kami di C22 dan C10. kadang ada lokasi privasi kami menjadi medan parti mereka. Apa nak buat… Go green sungguh haha. Habitat semulajadi mereka ada disini 🙂 Apa nak buat kan..

Kelakar-kelakar pun ada, takut pun ada. Takut kena serang. Dah satu hal kami nak ber wuduk pun kena pergi secara berjemaah dan sekarang pastikan ada batang mop ke batang penyapu nak kena bawak. Utk pertahanan diri. hihi. Atau bawa la hp…Ghisau. Ada hp sekurang-kurangnya boleh minta bantuan kalau kena kepung dengan Cik Mon and the geng kat luar pintu toilet! huhu.. Kalau tak, terperangkap sejam dalam toilet gara2 cik Mon dok berjaga tepi pintu. Seram uiiii…

Entah berapa generasi dah ni 🙂

Laluan biasa ni. Pagi-pagi dah conquer jalan. Haha. habis semua tong sampah di punggahnya!

 

Tulah habitat mereka. Aman disitu. Mak bapak anak cucu cicit sedang aman disitu 🙂

 

Permandangan biasa diluar tingkap.