Esok, hari terakhir minggu ke 2 kuliah. Haha. Again, masih gagal misi untuk mencatat setiap hari-hari kuliah. Masih lagi sibuk dengan kerja-kerja sampingan selain persediaan kuliah. Tambahan pula, time kita nak post, time tulah line langsung tak beri kerjasama. Loading for than 2 minutes, alamatnya tutup jelah. Tapi tulah semenjak dua menjak, wifi UTM ni agak slow. Ada page yang lambat sangat dia nak loading termasuklah people.utm ni. Ni pun cuba dari rumah.

Semester ni, kita kena mengajar servis macam biasa. Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). Seperti biasa, pelajar FKE biasanya ramai dalam satu-satu section.

Makanya, benda wajib yang harus dibawa, pastilah mic dan speaker portable ni. Dah guna ni pun, pernah je dalam 2 minggu ni berkuliah, hilang suara juga sebaik kuliah berakhir.

Tapi macam mana pun, ini tetap alat bantu mengajar yang memang membantu lah 🙂

Benda ni mmg sepenuhnya digunakan dalam kelas pada last semester walaupn kelas hanya di lab komputer waktu tu. Nak counter balik kebisingan pun ye juga heee…

Itulah, baru-baru ni pegawai sains JSM yang duduk di sebelah lab ni pm. Minta ambilkan gambar portable mic dan speaker ni. Katanya nak suggest pada pensyarah yang mengajar di lab semester ini. Katanya suata halus sgt. haha.

Aku syak, memang dengar jelas kot sampai ke bilik sebelah. hahaha…satu sem gaknya pegawai sains tu dengar kuliah computer programming. Ahhh ghisau haha. Mengajar komputer programming, tapi masalah komputer pun tak tau hihi. Nasib..nasib 🙂