Kelas MODM seawal 8am pagi ini. Hari ini hanya ada satu masa sahaja. Mata masih terasa berat. Gara-gara berjaga malam lagi disebabkan adik lagi dengan panas badannya.
Topik hari ini AHP. Tapi disebabkan satu masa sahaja, maka pengiraan tidak boleh dilibatkan dulu. Bersyarah sajalah kita pagi ini. Semalam terfikir untuk ber kahoot la untuk penuhi masa yang ada. Menaikkan mood pelajar
Setelah habis isi penyampaian hari ini, kita berlibur la sekejap. Kahoot. hehe. Bila kata quiz, time2 tulah internet connection lost, ye dak. Kita bagi masa dan on terus.
Gegak gempita melihat nama masing-masing dalam list markah. Wah, benda fun-fun ni la mereka ‘hidup’. Tapi, tak boleh la selalu ya nak. Bakal tak habis silibus kita ni nanti. Hehe. Matematik kannnn.
6 soalan jek. Alhamdulillah. Aktiviti tambahan untuk mewarnai hari-hari MODM. hehe.
But the most interesting, soalan akhir. Rasa nak buang kelas je siapa yang jawab salah. Hahaha.
Ini soalan terakhir. Dah warning siap-siap. Sapa salah kita jotos je kepala dia. Yelah minggu ke 3 kot… haha. Part jotos tu gurau je. Erkk. Tahu ke jotos camna?? jeng!
Salah juga mereka. Dan 6% tak sempat nak jawab. Haha. kurang 10s je guys nak menjawab. Kalau tak tahu, memang kena fikir dulu kan. Dah berapa saat dibuang. Hehe. Sajalah. Ni kira peringatan ‘mesra’ gak lah.