(Full Malay Version)
Apapun yang kita buat, never give up!
Walaupun hampir gagal dan tersungkur, cari semula kekuatan diri dan teruskan melangkah. Pelbagai ujian dan dugaan dilalui dalam mencari ilmu tetapi kita harus terus melangkah. Dengan status sebagai pelajar, isteri dan ibu semestinya 24 jam yang ada adalah sangat mencabar.
Pelbagai dilemma, bertarung dengan perasaan sendiri, namun niat untuk mengalah padam segera. Apa yang telah kita mulakan, perlu kita habiskan. Apapun, ingat, rezeki itu dari Allah. Sentiasa berdoa dan berusaha namun kita tahu Allah penentu segala.
Mungkin bukan hari ini, esok atau lusa, tapi sentiasa lah berdoa kerana Allah tahu bila waktu kita perlu. Semoga kejayaan juga milik mereka yang sentiasa berusaha dan bertawakal. Ameenn.