(Amaran: Tak pasti berapa part utk post ini kerana memang panjang)

(ihsan google)

Aku tahu. Bukan mudah. Aku sedar akan hakikat itu. Oleh itu, awal-awal lagi susahnya itu dah dipasak dalam kepala. Aku buat keputusan untuk menghadapi apa jua rintangan dalam keadaan aku sudah tahu ianya memang payah. Jika aku takut dan tidak mahu bermula sekarang, bila lagi?

Jadi aku buat keputusan untuk positif. Positif dalam erti kata, tiada benda yang mudah. Semua perlukan pengorbanan. Semua perlukan pengertian. Semua perlukan usaha. Dan semua perlukan doa kepada MAHA ESA.

Untuk keluar dari kepompong selesa juga satu keputusan yang mengundang risiko. Ya. Aku sedia. Kurang satu tahun dari hati berkata “ya, aku perlu bermula sekarang”, aku sudahpun berada di bumi asing. Betul-betul asing. Bumi United Kingdom. Budaya, bahasa, persekitaran dan cara berfikir yang amat berbeza.

Dari saat aku buat keputusan dan sehingga kaki terjejak dibumi asing ini, aku bertekad dan sangat bersemangat untuk menghabiskan dan berjuang habis-habisan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan. Aku kena buang rasa takut, rasa kerinduan yang mendalam dengan keluarga di Malaysia, perasaan yang entah apa2 lagi, kerana aku membawa harapan anak dan suami yang juga berkorban benda yang sama. Terlihat semula video anak kecik yang hanya bermain dalam bilik sudah meruntun hati ibu kerana terasa keciknya dunianya disini. Sedangkan jika di Malaysia, dia akan lebih gembira. <– perasaan seorang ibu ketika itu.

Berat tanggungjawab digalas dek kerana duit biasiswa tanggungan penuh UTM yang perlu dibalas dengan kejayaan. Kiranya inilah risiko terbesar. Aku MESTI berjaya. Tiada istilah gagal.

(ihsan google)

Bermula Oktober 2007, perjalanan dalam bulan Ramadhan bersama anak kecil seusia setahun setengah yang baru berjalan dan juga suami kami meneroka suasana baru. Allah..kepadaMu aku berserah. Aku sampai di bumi UK ketika kandungan ke-2 berusia 3 bulan. Ini cabaran pertama yang aku nampak. Bagaimana kelahiran nanti, siapa, kemana, dengan siapa… Namun, aku hanya tawakal dengan beberapa plan sebagai usaha.

Oh ya, supervisorku seorang yang peramah. <— berdasarkan dari email-email sebelum ini sahaja. Walaupun begitu aku tetap berdebar. Tapi aku yakin Allah ada. Selepas pendaftaran dan mengikuti program-program yang wajib, bermula la kehidupan aku sebagai seorang pelajar postgrad. juga… ibu dan isteri. Hihi. Aku sangat bersemangat dan tekad aku masih sama. Hendak habiskan segera dan pulang.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di awal pagi lagi. 5-6 bulan pertama aku rasa lost track (walaupun baru mula). Aku melahirkan anak ke 2 dalam tempoh lost track tu. Bukan kerana sibuk dengan kelahiran ni, tapi dgn sikap supervisor sendiri. Macam tiada arah. Aku kesini, bila ada problem, di suruh pula ke sana. OK. Aku masih positif. Ini namanya exploration. Explore ilmu. Kekal positif. Aku kena lebihkan usaha. Ok cara kerja aku masih firm. Aku datang pagi sebolehnya sebelum 9am aku dah terpacak di ofis, sebelum supervisor masuk ofis dia (ofis SV dan postgrad adalah bersebelahan). Dan balik jam 5pm (paling awal). MESTI hari-hari rutin masa begitu. Awal2 ini hari2 jumpa SV. Paling tidakpun selang berapa hari. Oh ya sekali dengan aku ada 2 orang rakan Mexican-Vasthi dan Iranian-Naghes. They both were very friendly, nice and I can feel that they are truly friends. So, we did sharing the research problem together. Kami mengumpat (a.k.a. discussing about our beloved SV) bersama. Hahaha. Dan kami hadap problem yang sama. We agreed to state that our SV not play a roll as SV. We didn’t get the proper guidance. Macam yang disebut diatas, kerap berjumpa, tapi exploration yang tak sudah-sudah tanpa menjawab/mengulas kerja yang telah dibuat dan ditunjukkan.

 

Tapi…aku tetap positif. Ye..positif la sangat kan (huhuuhu). Aku cuba untuk positif tahap tertinggi. Aku yang kena ubah cara kerja. Tingkatkan usaha. Oh ya, research aku adalah dalam bidang mathematical biology. Berusaha mencari rakan2 dari bidang biology yang boleh memahamkan aku konsep biologi ini. Ya. Aku buat. Tapi aku buat dan terus buat. Cukup time, aku tunjuk kerja dan ingin berbincang kerana timbulnya beberapa perkara. Namun, tanpa melihat atau mendengar lanjut…terus diberikan satu exploration baru. Aku buat. Then, ada benda yang perlu discuss, seperti biasa di ‘bola’kan aku semula. Begitulah berbulan2 lamanya aku bertahan dengan alasan aku kena positif (sampai sekarang aku sangat menyesal kenapa aku terlalu nak positif-buang masa!).

Profesor kot taraf dia. Ini yang awal ku fikirkan mampu membantu aku (lupa sekejap yang pergantungan kita hanya pada Allah). My Iranian friend, quit after a year. She got a new supervisor and happy with that. Aku ada terlintas untuk mengikut jejak langkah tapi:

  • Aku takut. Takut benda baru nak hadap. –entah-entah sama je. Aku yang teruk.
  • Takut juga mcm mana nak bgtau sponsor @UTM. OK ke tak OK.
  • Aku dah bazir masa berbulan2 kot. Macam2-macam dah buat. Takkan ke laut merah. Huhu. <–ada rasa tidak redha disini.
  • Aku takut GAGAL.

Atas faktor-faktor di ataslah membuatkan aku LAMBAT buat keputusan. Semuanya kerana TAKUT.

Kemuncaknya adalah 9 months presentation (@ 1st year assessment-perkara 1) aku yang dibuat pada bulan ke 14 (dia yang kerap suruh tangguh sbb exploration aku yang tak sudah-sudah)- aku masih ingt bait ayatnya bilamana aku minta utk berbincang/menunjukkan presentation berserta point yang aku ada masa tu dan juga bertanya beberapa kemusykilan. Itupun menerusi email sahaja. Ya. Ofis bersebelahan. But he refuse to see me menjelang minggu presentation itu.

Email yang mengandungi segala point dan kemusykilan utk meminta pandangan dia sebagai SV dibalas dengan ringkas “ Ok Farhana, you just do your best. Good Luck

That’s it. Tidak menjawab kemusykilan langsung.

You guess what?.. dalam sesi pembentangan yang hanya dikatakan sesi perbincangan dengan kehadiran SVs dan Postgrad coordinator dan juga audience lain yang berminat bertukar jadi medan ‘pertempuran’ yang dasyat. Tahu siapa yang ‘hebat’ dalam ‘perbincangan’ tu? My own SVs. Main SV (prof in math) and my advisor in biology (prof bidang biologi-yang ini tidak lah ‘bengkek’ sangat sebab dia advisor aku walaupun ada beberapa perkara yang aku rasa mereka tidak jujur). Tapi siapalah aku. Budak tak pandai. Huhuhu. Mereka berdua, bangun duduk, bangun duduk menyoal dengan lantang. Aku terasa ditembak dengan michigan. Bertalu-talu. Aku cuba jawab dan jawab dengan ilmu yang sedikit cuma. Mana nak menang dengan 2 orang profesor ini. Akhirnya aku senyum dan senyum. Sebab aku terus blur.

Antara soalan-soalan yang bermatian aku dapat adalah soalan-soalan yang aku point out dalam email pada mereka. Ya. Seolah-olah aku dah bocorkan kelemahan aku sendiri. Siapa sangka. Akhirnya sesi diberhentikan oleh pg coordinator dengan alasan, “this is not a VIVA!”- betapa orang lain melihat kejatuhan aku dibantai hebat oleh SVs sendiri. Tahniah untuk aku ketika itu kerana masih boleh kekal positif (aku fikir ini sesi perbincangan yang aku tak dapat bersama SVs sebelum ini) pada waktu itu. Yang ada dengan aku pada masa tu dan juga seterusnya, Zu (Dr Zuhaila) yang tercengang juga waktu itu. Zu datang bersama waktu itu. Kami belajar di school yang sama tetapi berbeza bidang dan SV.

Semuanya masih terpahat dan terbayang lagi walaupun hampir 9 tahun berlalu. Itu baru perkara 1 ya tuan-tuan. Untuk complete 1st year assessment ada 3 perkara kena buat. Presentation masa 9 months tu, then perbincangan meja bulat juga bersama panel yg sama-SVs nak proceed atau hanya setakat MPhil dan juga report 1st year. Dalam sesi discussion, panas telinga aku. Advisor kelihatan amat tak puas hati dengan kerja aku (well, cannot deny sbb aku sendiri sangat kecewa dengan apa yang aku ada-but what you want to expect. Kerja sendiri like I don’t even need a supervisor). Tak berapa ingat exactly the points sbb rasa tak fokus.

Infact masuk sesi tu dah set mind, aku akan kena bantai <– well, aku dah start tidak mampu untuk tell myself, I need to be positive. Hati aku dah takda semenjak presentation sebelum tu lagi. Tapi aku cuma nak lengkapkan process sahaja. Yang membuat aku sentap bila aku rasa penghinaan atas kepercayaan aku. Lebih kurang bunyinya (setelah alih bahasa)..”awak baca quran, then quran tak membantu pun”..”doa minta dgn tuhan, pun tuhan tak bantu” – teruknya aku mcm aku menyebabkan pandangan negative pada Islam. Well..aku kena provoke sbb SV orang Israel. Aku control mind aku. Then aku mula bersuara, sebab, mengapa etc etc. Coordinator ada, tapi sekali lagi, siapa aku waktu itu nak berhujah dengan 2 orang profesor. Omputih plak tu. Aku luahkan segala benda termasuk bagaimana supervison dibuat. Tapi setakat itu sahaja. Keputusan masih ditangan SV.  SVs yang akan buat keputusan untuk bg aku proceed ke Phd atau tidak. Macam yang dijangka, aku tidak dibenarkan proceed. Aku cuma layak untuk MPhil sekiranya report 1st year dihantar. Ayat yang aku masih ingat, “I’m not coming far away just to get MPhil.”-bunyinya ‘kerek’ betul kan. Seriously, aku sakit hati dan telinga. Then aku keluar. Nanti macam2 ayat manis penuh hipokrit terpaksa dengar. Enough is enough. Baiknya Allah ketika itu adalah aku diberi kesabaran menadah telinga walaupun rasa mendidih hati dan telinga. Baiknya juga Allah sebab aku sudah ada keputusan aku sebelum aku sempat keluar dari bilik perbincangan ini. Aku kena tukar SVs! Walaupun sudah masuk bulan ke 15. Apa nak jadi, jadilah. Aku kena cuba.

(ihsan google)

Apa yang aku mula belajar dari sini adalah aku berjaya mengatasi TAKUT yang awal (keputusan untuk sambung belajar), tapi bila menghadap risiko yang lain, aku masih TAKUT. Sebab itulah aku lambat sangat melangkah kaki.

Aku tak banyak bercerita dengan suami sebab aku tak mahu dia jadi kusut sama sedangkan kami ada anak2 kecil yang perlu juga perhatian. Paling tidakpun , Zu jadi telinga dan saksi airmata ku tumpah selalu. Makanya, tanpa sedar aku mula menghadapi kemurungan. Mendengar sahaja suara SV dari bilik ofisnya dah membuatkan aku berdebar. Dan serta merta air mata jatuh. Tanpa sebab.

Allah Maha Mendengar. Ada sesuatu yang aku kena belajar dari ujian2 ini. Ada peringtan dari Dia. Hasbunallahu wanikmal wakeel.

 

To be continued.