Pagi-pagi Jumaat dah ada yang buat kita tersenyum.

Alkisah selepas kelas pertama bermula, agak huru hara sedikit la. Biasa la tu, yang baru nak daftar, yang rasa nak tukar section pun ada. Dapat la satu PM yang mana ada yang nak bertukar section. Keluar dari section sana dan masuk ke section sini. Kelas macam biasa memang agak padat. More than capping 60. Biasalah FKE. Jadi seorang student ni, minta izin untuk masuk ke section sini. Ok jelah. Tanya kenapa, dia kata kawan dia di section sini beritahu seronok dengar aku mengajar. Well, baru satu kelas kot. Aduh. Tapi long story short, pejabat UG mereka memang tak benarkan walaupun mendapat kebenaran pensyarah section sini.

Pendek lagi cerita, dia kecewa tetapi tetap minta untuk belajar dengan aku. Dia minta video2 berkenaan topik tu. Well, aku mmg takda even masa PKP pun, seriously, aku tak sempat nak rekod video cantik-cantik. Yang ada, tentulah webex recording kelas-kelas yang lepas sahaja. Dia pun OK. Sudah, nak membelek webex pulak. Dah la minggu pertama agak sibuk. Haha. Hanya untuk dia seorang. Tapi tulah aku, bila student tunjuk kesungguhan nak belajar, memang hati akan teringat-ingat rasa bersalah jika ignore sahaja permintaan dia. Malam-malam, buka laptop, masuk elearning sesi selepas PKP, trace satu2. Alhamdulilah sebab rekod yang dibuat agak tersusun, dapatlah trace dengan mudah. Jadi, beberapa link berkaitan chapter yang awal diberikan. Tengoklah respond, kalau dah tak  minta, kita ignore jelah. Janji kita tepati janji nak membantu.

Baru selesai minggu ke 2, dia dah minta video-video seterusnya. DIa seronok belajar walaupun secara maya. Ops dia ada lecturer sendiri ya cuma itulah dia cuba usaha lain untuk menambahkan kefahaman dia. Effort itu yang membuatkan kita mesti nak bantu.

Kata penghargaan dari student ni membuat kita lebih bersemangat untuk lebih berusaha memberi yang terbaik untuk semua. Walaupun ini namanya menambah kerja, takpelah, inilah kepuasan seorang pendidik kot. I love teaching!