tangga-berjaya

Lama tidak menulis. Pelbagai taskforce dan program berlangsung. Namun, tidak berkesempatan untuk melaporkan.

Seakan telah mula men’daki’ ke arah pencapaian yang sepatutnya walaupun masih merangkak dan belajar. Tugas pensyarah dahulu dan sekarang amat jauh berbeza. Pelbagai target yang perlu dicapai. Bermula dengan target universiti, kemudian di bawa ke peringkat fakulti dan seterusnya jabatan. Mendapat title Research University juga menuntut pelbagai ‘sokongan’ semua staf. Perlu memenuhi syarat itu dan ini. Alhamdulillah kerja keras semua dari peringkat jabatan dan fakulti di UTM telah memartabatkan UTM sebagai one of Research University.

Kisah tidak berakhir di situ. Untuk mengekalkan title ini lagi memerlukan usaha yang maha berlipat ganda. Maka segala KPI dibentuk bg memastikan misi ini berjaya. Itulah beban yang sama-sama perlu kita pikul untuk mengekalkan taraf UTM pada level ini malah mencapai lebih tinggi lagi.

Dari merangkak, cuba berlari..dah cuba memecut. Tapi ‘pancit’ juga ditengah jalan. 🙂

Akhirnya balik kepada kemampuan. Melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik dan penuh dedikasi setakat yg mampu. Kesihatan perlu dijaga. -alasan hehe

Apapun, tidak lah sampai kita berhenti. Terus, dan teruskan segala misi ‘Demi Tuhan untuk Manusia’-UTM