Mari kita menyumbang kepada kutipan Dana Ramadan Masjid Sultan Ismail, UTM. Hasil sumbangan akan disalurkan untuk pelbagai aktiviti Ramadan, khususnya bagi menjamu para mahasiswa UTM berbuka puasa.

Jom menyumbang!
Penuhkan Bakul amalan Ramadan kita.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Barangsiapa ingin do’anya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi menyelesaikan) kesulitan orang lain.”
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

*Salurkan sumbangan anda secara pindahan wang ke akaun TABUNG MASJID SULTAN ISMAIL, PIUTM – no. akaun 01080000541711 (BANK MUAMALAT)
#UTMmyHome