It’s about my life.

Suka, duka, passion.

Perjalanan hidup sebagai insan biasa.

Appreciation

Pagi-pagi Jumaat dah ada yang buat kita tersenyum.

Alkisah selepas kelas pertama bermula, agak huru hara sedikit la. Biasa la tu, yang baru nak daftar, yang rasa nak tukar section pun ada. Dapat la satu PM yang mana ada yang nak bertukar section. Keluar dari section sana dan masuk ke section sini. Kelas macam biasa memang agak padat. More than capping 60. Biasalah FKE. Jadi seorang student ni, minta izin untuk masuk ke section sini. Ok jelah. Tanya kenapa, dia kata kawan dia di section sini beritahu seronok dengar aku mengajar. Well, baru satu kelas kot. Aduh. Tapi long story short, pejabat UG mereka memang tak benarkan walaupun mendapat kebenaran pensyarah section sini.

Pendek lagi cerita, dia kecewa tetapi tetap minta untuk belajar dengan aku. Dia minta video2 berkenaan topik tu. Well, aku mmg takda even masa PKP pun, seriously, aku tak sempat nak rekod video cantik-cantik. Yang ada, tentulah webex recording kelas-kelas yang lepas sahaja. Dia pun OK. Sudah, nak membelek webex pulak. Dah la minggu pertama agak sibuk. Haha. Hanya untuk dia seorang. Tapi tulah aku, bila student tunjuk kesungguhan nak belajar, memang hati akan teringat-ingat rasa bersalah jika ignore sahaja permintaan dia. Malam-malam, buka laptop, masuk elearning sesi selepas PKP, trace satu2. Alhamdulilah sebab rekod yang dibuat agak tersusun, dapatlah trace dengan mudah. Jadi, beberapa link berkaitan chapter yang awal diberikan. Tengoklah respond, kalau dah tak  minta, kita ignore jelah. Janji kita tepati janji nak membantu.

Baru selesai minggu ke 2, dia dah minta video-video seterusnya. DIa seronok belajar walaupun secara maya. Ops dia ada lecturer sendiri ya cuma itulah dia cuba usaha lain untuk menambahkan kefahaman dia. Effort itu yang membuatkan kita mesti nak bantu.

Kata penghargaan dari student ni membuat kita lebih bersemangat untuk lebih berusaha memberi yang terbaik untuk semua. Walaupun ini namanya menambah kerja, takpelah, inilah kepuasan seorang pendidik kot. I love teaching!

MODM Week 2-Group Discussion

Hari ni kelas MODM belajar satu lagi teknik baru dalam decision making. Previous lecture was showing the simplest MCDM methods, WP and SAW. Dalam contoh sebelum ini, kita menentukan weight untuk setiap kriteria begitu sahaja. In today’s lecture, AHP was introduced. More structured technique. 

Started with pair-wise comparison among criteria and alternatives. Yang bagusnya teknik ini, each comparison yang kita buat, akan dikawal oleh satu nilai ratio, iaitu consistency ration, CR. Nilainya akan memastikan kita terus konsisten dengan comparison yang dibuat. No cheating.

Selepas penerangan berserta contoh yang dibuat, kita teruskan dengan memberi peluang kepada masing-masing untuk menjadi decision maker.

Satu soalan diberi dan mereka buat secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu sepakat dalam menentukan nilai skala untuk setiap comparison. Banyak soalan dari setiap kumpulan sehinggalah masa berakhir. Aktiviti group discussion ni diharap dapat memberi lebih kefahaman kepada mereka dalam mengaplikasikan AHP dalam decison making mereka.

Masuk ke hujung minggu ke 2 kuliah

Esok, hari terakhir minggu ke 2 kuliah. Haha. Again, masih gagal misi untuk mencatat setiap hari-hari kuliah. Masih lagi sibuk dengan kerja-kerja sampingan selain persediaan kuliah. Tambahan pula, time kita nak post, time tulah line langsung tak beri kerjasama. Loading for than 2 minutes, alamatnya tutup jelah. Tapi tulah semenjak dua menjak, wifi UTM ni agak slow. Ada page yang lambat sangat dia nak loading termasuklah people.utm ni. Ni pun cuba dari rumah.

Semester ni, kita kena mengajar servis macam biasa. Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). Seperti biasa, pelajar FKE biasanya ramai dalam satu-satu section.

Makanya, benda wajib yang harus dibawa, pastilah mic dan speaker portable ni. Dah guna ni pun, pernah je dalam 2 minggu ni berkuliah, hilang suara juga sebaik kuliah berakhir.

Tapi macam mana pun, ini tetap alat bantu mengajar yang memang membantu lah 🙂

Benda ni mmg sepenuhnya digunakan dalam kelas pada last semester walaupn kelas hanya di lab komputer waktu tu. Nak counter balik kebisingan pun ye juga heee…

Itulah, baru-baru ni pegawai sains JSM yang duduk di sebelah lab ni pm. Minta ambilkan gambar portable mic dan speaker ni. Katanya nak suggest pada pensyarah yang mengajar di lab semester ini. Katanya suata halus sgt. haha.

Aku syak, memang dengar jelas kot sampai ke bilik sebelah. hahaha…satu sem gaknya pegawai sains tu dengar kuliah computer programming. Ahhh ghisau haha. Mengajar komputer programming, tapi masalah komputer pun tak tau hihi. Nasib..nasib 🙂

 

2nd day stories

Hari ke 2 (9/10/2023) yang riuh dengan pelbagai isu. 

Isu utama haruslah berkenaan dengan fasiliti mengajar. Maklumlah bangunan tertua di UTM ni. Macam-macam la ragamnya. Maka, hari ke 2 semester baru pun ditimbuni dengan aduan umpana anak mengadu kepada ayahnya. Haha. 

“Ada sesapa boleh tolong saya, tak jumpa suis projector”

“projektor tak hidup”

“aircond tak function”

“whiteboard tak boleh padam” 

Haha.. mcm2 tapi tulah unit fasiliti FS mmg terbaik setakat ini. Ada 2 tenaga kerja tapi melayani kami dari bangunan ke bangunan yang lain. Actually, townhall fasiliti FS pun dah detailkan setiap kerosakan yang ada. Minta bersabar sebab kekangan utama adalah bajet. Ada bajet sendiri pun belum tentu boleh selesaikan masalah yang ada sebab perlu melalui beberapa prosedur/birokasi yang biasa.

Kami, biasalah dah tau tapi kadang saja nak mengadu hahaha. Namun, org fasiliti FS memang terbaik dah.

Masa pertama berlalu dengan tenang selepas masing-masing terima bantuan pantas unit fasiliti. Riuh plk dengan serangan cik Mon and family. Haha kelakar tapi itulah ‘pelawat tak diundang’ kami di C22 dan C10. kadang ada lokasi privasi kami menjadi medan parti mereka. Apa nak buat… Go green sungguh haha. Habitat semulajadi mereka ada disini 🙂 Apa nak buat kan..

Kelakar-kelakar pun ada, takut pun ada. Takut kena serang. Dah satu hal kami nak ber wuduk pun kena pergi secara berjemaah dan sekarang pastikan ada batang mop ke batang penyapu nak kena bawak. Utk pertahanan diri. hihi. Atau bawa la hp…Ghisau. Ada hp sekurang-kurangnya boleh minta bantuan kalau kena kepung dengan Cik Mon and the geng kat luar pintu toilet! huhu.. Kalau tak, terperangkap sejam dalam toilet gara2 cik Mon dok berjaga tepi pintu. Seram uiiii…

Entah berapa generasi dah ni 🙂

Laluan biasa ni. Pagi-pagi dah conquer jalan. Haha. habis semua tong sampah di punggahnya!

 

Tulah habitat mereka. Aman disitu. Mak bapak anak cucu cicit sedang aman disitu 🙂

 

Permandangan biasa diluar tingkap.

 

Welcome Semester 1, 2023/2024

Hari pertama di semester baru, semester 1 sesi 2023/2024.

Selamat kembali semua pelajar kanan UTM and selamat datang kepada semua student baru UTM, khususnya di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains. 

Sekadar percubaan satu hari, satu post hahaha…

Kelas hari ni bermula jam 2pm. Agak sibuk pagi ni merancang dan mengemaskini elearning setiap section. Mood mengajar pelan-pelan kembali setelah lama rasanya cakap pelan-pelan je. hihi.

 

Tenggelam timbul…

rPejam celik dah minggu ke 7 semester 2 sesi 2022/2023.

Azam nak buat post seminggu sekali dari semester lepas juga tidak kesampaian. Cubaan timbul terus tenggelam akhirnya sehingga habis semester. haha. 

Ku akan terus mencuba teruskan azam untuk menghidupkan suasana disini. Sekurang-kurangnya ini menjadi medan saksi cerita pengalaman pengajaran yang penuh dengan cabaran atitud pelajar terkini. 

Mudah-mudahan niat ini akan berterusan biarpun banyak kali keciciran.

Bengkel Pemantapan JK Pembangunan Pelajar 2023

Alhamdulillah. Berlangsung dengan jayanya bengkel pemantapan JKPP pada tahun ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan proposal tahunan bagi semua program MyRoadmap FS untuk budget 2023.

Bekerja dengan team yang sangat dedikasi dengan tugasan ini memang mengujakan. Sikap saling bantu membantu rakan-rakan di JSM memang tak boleh disangkal lagi, walaupun masing-masing sangat sibuk tika ini. Inilah rezeki kami di JSM. Mendapat rakan-rakan yang sangat baik. Output untuk hari ni tercapai sudah. Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita semua dan memudahkan apa juga yang sukar untuk rakan-rakan semua.

I love JSM!

 

Lets make a decision-AHP

Tugasan hari ini adalah membuat latihan bagaimana nak membuat keputusan menggunakan AHP. Keputusan dibuat sebagai satu group dimana judgement perlu dibuat setelah mencapai kata sepakat.

Pelajar MODM akan melalui pengalaman dalam menganalisis sebelum membuat keputusan. Baru terasa susah juga nak buat keputusan yang baik ya!

Dalam kelas, memang berkeriuk2 juga la dahi tu ya. Tetapi ada juga yang dah siap dah tugasan tu. Setiap kumpulan pasti akan berbeza keputusannya since judgement masing2 yang berbeza.

Anyway, yang penting proses membuat keputusan menggunakan AHP dapat diikuti oleh semua. Baru feel, ye tak?

‘Pena’ yang hilang

Kelas hari ini seawal jam 8am. Macam biasa, 7.30am kita dah siap parking. Bersemangat macam biasa. Pagi ni subjek numerical di FKT. Yang membuatkan kita lebih bersemangat bila pelajar semua memberikan kerjasama dalam pengajaran kita. 

Pelajar-pelajar FKT ini Alhamdulillah memang baik-baik semua. Dan macam perasan, ada kumpulan pelajar Indonesia. Tapi semua dalam kelas tu nampak kesungguhan yang membuatkan kita lagi bersemangat untuk membantu. 

Pengajaran berlangsung seperti biasa. Since, projektor bersuluh ditengah2 whiteboard, maka, menggunakan ipad (atau yang seangkatannya) solusi yang terbaik. Fokus saja pada satu gajet. Berconteng2 juga kita disitu. Sebab tu jika pen ipad hilang, gelap kejap hari ku. hehe.

Tapi tulah yang terjadi. Baru terperasan yang pen ipad tiada dalam beg yang biasa dibawa. Oh sudah! Kita dah sedia dalam kelas di FS sebab kuliah MODM bermula jam 2pm. Tak senang rasa duduk. Nak mengajar pun rasa kelam (maklumlah baru perasan).

Contact staf FKT. Alhamdulillah En Shahril melalui Cik/Pn Anna staf di FKT membantu melihat di kelas pagi tadi. Jumpa! Bila Cik/Pn Anna tu call semula bagitahu dah jumpa baru lega skit bila mengajar. Baru boleh senyum dan boleh fokus semula. Betapa penting pen tu kan. hihi.. nak beli balik, meraung gak kot sebab beratusan huhu. Lagipun version lama kot. Entah ada entahkan tidak. 

Terima kasih staf FKT. Terima kasih juga pelajar numerical pagi tu. Mereka lepas kelas juga turut bantu cari di kelas terbabit. Moga semua urusan anda semua juga dipermudahkanNya. Aminnn. 

Pelajar MODM

Kelas MODM seawal 8am pagi ini. Hari ini hanya ada satu masa sahaja. Mata masih terasa berat. Gara-gara berjaga malam lagi disebabkan adik lagi dengan panas badannya.

Topik hari ini AHP. Tapi disebabkan satu masa sahaja, maka pengiraan tidak boleh dilibatkan dulu. Bersyarah sajalah kita pagi ini. Semalam terfikir untuk ber kahoot la untuk penuhi masa yang ada. Menaikkan mood pelajar sealed

Setelah habis isi penyampaian hari ini, kita berlibur la sekejap. Kahoot. hehe. Bila kata quiz, time2 tulah internet connection lost, ye dak. Kita bagi masa dan on terus.

Gegak gempita melihat nama masing-masing dalam list markah. Wah, benda fun-fun ni la mereka ‘hidup’. Tapi, tak boleh la selalu ya nak. Bakal tak habis silibus kita ni nanti. Hehe. Matematik kannnn.

6 soalan jek. Alhamdulillah. Aktiviti tambahan untuk mewarnai hari-hari MODM. hehe.

But the most interesting, soalan akhir. Rasa nak buang kelas je siapa yang jawab salah. Hahaha.

Ini soalan terakhir. Dah warning siap-siap. Sapa salah kita jotos je kepala dia. Yelah minggu ke 3 kot… haha. Part jotos tu gurau je. Erkk. Tahu ke jotos camna?? jeng!

Salah juga mereka. Dan 6% tak sempat nak jawab. Haha. kurang 10s je guys nak menjawab. Kalau tak tahu, memang kena fikir dulu kan. Dah berapa saat dibuang. Hehe. Sajalah. Ni kira peringatan ‘mesra’ gak lah.Â