Kelas hari ini seawal jam 8am. Macam biasa, 7.30am kita dah siap parking. Bersemangat macam biasa. Pagi ni subjek numerical di FKT. Yang membuatkan kita lebih bersemangat bila pelajar semua memberikan kerjasama dalam pengajaran kita.
Pelajar-pelajar FKT ini Alhamdulillah memang baik-baik semua. Dan macam perasan, ada kumpulan pelajar Indonesia. Tapi semua dalam kelas tu nampak kesungguhan yang membuatkan kita lagi bersemangat untuk membantu.
Pengajaran berlangsung seperti biasa. Since, projektor bersuluh ditengah2 whiteboard, maka, menggunakan ipad (atau yang seangkatannya) solusi yang terbaik. Fokus saja pada satu gajet. Berconteng2 juga kita disitu. Sebab tu jika pen ipad hilang, gelap kejap hari ku. hehe.
Tapi tulah yang terjadi. Baru terperasan yang pen ipad tiada dalam beg yang biasa dibawa. Oh sudah! Kita dah sedia dalam kelas di FS sebab kuliah MODM bermula jam 2pm. Tak senang rasa duduk. Nak mengajar pun rasa kelam (maklumlah baru perasan).
Contact staf FKT. Alhamdulillah En Shahril melalui Cik/Pn Anna staf di FKT membantu melihat di kelas pagi tadi. Jumpa! Bila Cik/Pn Anna tu call semula bagitahu dah jumpa baru lega skit bila mengajar. Baru boleh senyum dan boleh fokus semula. Betapa penting pen tu kan. hihi.. nak beli balik, meraung gak kot sebab beratusan huhu. Lagipun version lama kot. Entah ada entahkan tidak.
Terima kasih staf FKT. Terima kasih juga pelajar numerical pagi tu. Mereka lepas kelas juga turut bantu cari di kelas terbabit. Moga semua urusan anda semua juga dipermudahkanNya. Aminnn.