PhD-Perjalanan yang panjang-Part 1

Lanjutan dari cerita part 1 yang berbulan tak bersambung (hehehe)

Bismillah..

Allahuakbar. Aku rasa sangat kusut ketika itu walaupun detik aku membuat keputusan aku perlu ‘berhijrah Sv’ telah kukuh dihati. Keluar dr bilik perbincangan, aku terus menaip emel ke ketua jabatan ku di UTM ketika itu, Prof Sarah. Siapa tidak kenal dengan Prof Sarah. Lantangnya suara dia..kecut perut ku juga. Tapi dia tegas pada perkara yang betul. Antara sebab aku lambat buat keputusan adalah TAKUT dengan Prof Sarah ini la. Takut nak hadap segala ‘hamburan’ nya kelak. Tapi entah mana kekuatan yang Allah bg, keluar saja dari bilik tersebut, aku pun menaip emel kepada beliau. Waktu itu, jam di Malaysia sudah pun menginjak pukul 6pm keatas (seingat aku la)…aku memang meluahkan rasa kepada Prof Sarah. Aku dengan confident bgtau yang aku nekad nak tukar SV dan bgtau situasi disini. Mungkin kerana baru kluar dr bilik panas itu, maka semua luahan aku tersampai ke hati Prof Sarah ketika itu. Selang beberapa minit, aku menerima email balasan dr Prof. Satu lagi petunjuk yg Allah bg ketika itu. Tanpa pernah aku sangka, Prof sangat2 menyokong apa juga keputusan aku dan akan back up aku di pihak penaja, UTM. Antara ayat Prof yang masih aku ingat…” buat apa sahaja Far asalkan you dapat balik dengan PhD”…Allah..besarnya pertolongan Mu ketika ini. Dan ini menambahkan keyakinan aku…aku kena usaha. Seingat aku hari tu merupakan hari last minggu tersebut. Dan aku punya masa weekends utk berehat dan terus kan plan mencari SV. Seriously, weekends yg sangt nyaman, tenang dan bermakna utk aku sejak bergelar postgrad students.

 

Aku cuba juga kekalkan apa yang aku dah buat. Namun, setelah masak2 aku fikir. Tiada gunanya aku teruskan kerana aku tetap akan hadap manusia paling hipokrit ini. Dan dia pasti akan berusaha utk menjatuhkan aku satu hari nanti. Aku tiada positif lagi dengan si dia ni. Enough. Maka, satu benda yang aku takut akhirnya aku kena redha. Semua keje 15 bulan ini terus masuk ke laut merah. huhu. Aku totally start new things. Aku bersyukur naik je ke minggu baru, aku mendapat pertolongan dari Narghes. Yes my iranian’s friend yg sama SVs tapi dia awal2 angkat kaki dgn si hipokrit ini. She suggest me to try talk to her new SV, yes .. the discussion was smooth and easy. Aku lega. Idle time aku tak lama. Hanya beberapa hari. Let me introduce my new SV, Prof Chris Potts dan bidang baru aku adalah Operational Research. Aku tak pernah bgtau ex-Sv aku yg aku nk bertukar SV. Tapi yelah dalam school yang samakan. Si hipo ni panggil aku (masa tu proses pertukaran belum rasmi), dia dgn seriousnya pujuk aku. Dia ckp something…ok, now kita fokus dan plan apa yg perlu. Oh sorry, I’m quit. Then, aku blah. Aku tersangt sakit hati dengan apa yg dia buat. Tapi jangan bgtau aku, did I try to talk my SV berkenaan his supervision all this while. In fact, we (aku, Vasthi and Narghes) did report his way to the PGs coordinator, manager school of math, but then, who want to believe? Prof kot. Ada takda tinggalla Vasthi alone. But guess what…she end up dengan 7 supervisors! yang mana bermacam2 advisors membantu huhu.

Aku bermula semula pada Januari 2009. Approved by UTM juga. Support kuat dari Prof Sarah ketika itu. Tanggungjawab aku makin besar. Sebab dah menyusahkan juga ramai orang. Allah…aku hepi dengan apa yang aku ada ketika itu. Aku bersyukur sgt Allah buka kan jalan yang mudah utk aku. Memang aku rasa bantuan DIA yang permudahkn segala urusan aku.

This was my new life. I am very positive on this. Haha. I love my research. I had an officemate which not muslim but she understand Islam very well. We did our research together and always help me on my programming.

errrmm…To be continued. (again.. )