First day of a new semester.
Hujan seawal Subuh. Dub dab. Mana taknya, kelas physical yang dah bertahun tak buat. haha. Nak melangkah ke dewan kuliah dengan beg penuh. Tangan pun penuh membawa lebih sedozen buku teks.
Sampai jam 7.25am. Alhamdulillah hujan dah lama berhenti. Tapi siap2 dah bawa kasut extra haha. Taknak kuyup kaki. hihi. Beg penuh sebab bawa laptop dan ipad back up sekali. Tengoklah mana kabel yang nak hidup. Maklumlah. Bertahun kabel tak berguna lagi. hihi…
Bangunan lama biasa da. Masuk2 kelas, wau! luar setinggan dalam kondo umpamanya. haha. Tapi sebenarnya terpaling wau sebab whiteboard nya tu hahaha heaven! Kelas mmg menarik la.
Tapi…ada tapinya, mereka tak siap setup kelas.
Kata technician situ, kelas tu baru diberi kunci pagi ni kepada PO utk buka kelas dahulu. Sepatutnya pagi tu baru kontraktor officially nak serah dewan tu pada fakulti terbabit.
Jadi, memang bau kedai sungguh la kiranya.
Tak boleh buang masa ni sbb next week cuti lagi. Ligat kepala memikir. Konon bawa 2 gadjet dah cukup persediaan. haha end up 2-2 tak boleh nak guna gak. hihi..
Maka, yang terfikir guna sajalah webex utk pastikan student boleh view lecture note. Explaination di depan. Whiteboard tu paling heaven. Guna 2/3 darinya tanpa ragu2 haha.. tapi penat wei nak memadam la plak. Takpelah janji puashati dapat bercakap face to face dengan pelajar. Bila kita tanya, tunjuk depa, eh menjawab terus. hihi…takde la mokcik tanya..disambut hanya krik krik…
Alhamdulillah. Pelajarnya baik2. Walaupun tahun 3, tapi kira ni tahun pertama depa masuk kuliah secara physical la..mcm budak fresh juga da. Smart dan kemas.
Sempat titipkan pasal etika pemakaian, adab belajar, salah laku meniru dalam peperiksaan kesan dan akibat, serta nasihat2 mak pada anak2. Mudah2han ilmu berjaya sampai terus ke dalam hati mereka. Aminn