16/3/2016 – ‘BENGKEL PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) – UTM BERSAMA INDUSTRI’

Pada bengkel ini beberapa wakil pnyelidik dari UTM telah dihantar untuk membantu para usahawan dari industri kecil dan sederhana untuk penyediaan kertas kerja untuk permohonan geran di samping cuba untuk membantu mereka yang mempunyai isu-isu atau masalah yang  perlu diselesaikan. Program ini dianjurkan oleh pihak EDC (Perbadanan Usahawan Johor) dengan kerjasama dengan pihak UTMTEC (UTM TECHNOLOGY ENTREPRENEURSHIP CENTRE). Bengkel telah diadakan di hotel MSuites JB.

Taklimat daripada pihak EDC

pprpn6

Sesi pengenalan diri kepada pihak industri

Sesi perbincangan bersama dengan pihak usahawan. Setiap industri datang dengan isu-isu yang sangat menarik dan juga idea-idea yang sangat bernas. Segala isu dan cadangan dikongsi dan direkodkan ke dalam kertas kerja masing-masing. Walaupun kami datang dari bidang yang jauh berbeza tapi kami cuba sedaya upaya untuk membantu dan memberikan cadangan2 berkenaan maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam cadangan kertas kerja mereka. Good luck kepada para usahawan.. sememangnya kami sangat2 teruja dengan semangat kental para usahawan. Moga kita semua akan berjaya…Aameen..

PPRPN4 PPRPN3PPRPN2PPRPN1

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan…satu pengalaman yang sangat berharga! 😆