Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa UTMTEC, Fakulti Komputeran dan Pihak Kedutaan Amerika Syarikat akan mengadakan Bengkel Embracing IOT Opportunities.
Tujuan bengkel ini ialah bagi mendedahkan kepada peserta akan peluang-peluang dalam bidang IOT dan juga peluang keusahawanan yang terhasil dari IOT. Disamping itu juga, pihak UTMTEC akan membicarakan peluang dana bagi pembiayaan projek yang berkaitan dengan IOT.
Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti pada lampiran.
Tarikh : 17 September 2017
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Dewan Seminar, N28A, Fakulti Komputeran, UTM Skudai
Yuran : Percuma
Program ini terbuka kepada semua pelajar dan staff UTM
Penceramah bagi Bengkel ini ialah:
- Deborah Magid, IBM Venture Capitalist USA
- Dr. Raja Zahilah Raja Mohd Radzi, Fakulti Komputeran UTM
- Prof. Madya Dr. Mohd Zaidi Abd Rozan, UTMTEC, UTM
Untuk pendaftaran sila klik : https://goo.gl/forms/owQd7hPu02bepu1n2