A message from the organizer, Feeding The Needy (FTN):

Terima kasih Dr Habibah HN Haron for organising this activities for the street kids 💕

Pada minggu lepas, sesi agihan kebiasaan kami di FTN dimeriahkan lagi dengan kehadiran team dari Institute Engineering Malaysia (IEM) Women Engineers Section, UTM KL, Kampus Kolej Luar UTMKL, CCIN UTM and Srikandi84 yang telah menyantuni anak-anak rakan jalanan kami dengan sesi program agihan buku-buku cerita, sesi fun games juga simple Q&A session. InsyaAllah aktiviti sebegini akan cuba kita adakan sekerap yang boleh bagi membolehkan waktu anak-anak ini terisi dengan perkara yang membina.

Kerap kali selepas mereka selesai menjamu selera di kawasan agihan, mereka selalunya akan berpelesaran atau berlari ke sana sini tanpa arah tujuan untum bermain sementara menunggu ibu atau ayah pula selesai makan. Dengan adanya aktiviti sebegini ianya sedikit sebanyak dapat menurangkan kekerapan jeritan daripada team Crowd Control Crew FTN kepada anak-anak yang bermain di lorong itu u untuk berhati-hati dengan kenderaan yang lalu lalang. Untuk makluman, tempat agihan adalah berhampiran lorong belakang rumah kedai dan merupakan laluan kenderaan juga.

Once again Thank you UTM!