Kajian Impak STEM 'Moh Main@Toy Box' Pra Sekolah

Tanggungjawab kepada masyarakat Kampung Layang-Layang Kanan melalui kolaborasi khidmat masyarakat bersama Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Mara, Nilai University (NU), The Institution of Engineers Malaysia -Women Engineers Section dan beberapa agensi kerajaan pada 18 Januari 2022 telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kolej Luar dan kumpulan pensyarah dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTMKL) yang diketuai oleh saya sendiri, PM Dr. Habibah @ Norehan Haron. Salah satu tanggungjawab lanjutan ialah menilai keberkesanan program tersebut. Setelah lebih dari 6 bulan pelaksanaan, kumpulan kami, iaitu pensyarah UTMKL dan NU) telah menyediakan bahan-bahan dan mengambil data post-program untuk mengukur keberkesanan program STEM melalui permainan ‘STREAM Fun Learning Toy Box’. Sebanyak dua buah sekolah (pra-sekolah dan tabika) telah mengambil bahagian dalam kajian impak STEM yang telah dilaksanakan melalui Program ‘Moh Main @ Toy Box’ .  Dapatan kajian akan dilaporkan kemudian.