Pembangunan Bahan E-Kandungan Terbuka

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Saudara,

Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Sebagaimana sedia maklum, Universiti telah bersetuju memberi markah bonus sebanyak 5% bagi pembangunan bahan ekandungan terbuka.

Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2016, Pelaksanaan Penambahbaikan Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT) Tahun 2016 Mengambil Kira Keperluan Universiti Penyelidikan Bagi Komponen Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan adalah berkaitan.

DEFINISI:

Bahan eKandungan asli terbuka berdasarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) merangkumi bahan berbentuk digital yang:

1.         dibangunkan sendiri oleh pensyarah,

2.         tidak melanggar sebarang hakcipta,

3.         ditawarkan secara terbuka dalam talian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

4.         Penawarannya perlu secara terbuka di platform selaine-Learning UTM (bermakna, bahan boleh diakses secara terus oleh sesiapa sahaja).

Sehubungan itu, bagi penilaian tahun 2018, staf akademik perlu mengisi maklumat melalui My UTM pada pautan UTM Acad bagi tujuan semakan dan verifikasi oleh pihak UTMLead.  Markah Bonus akan dipaparkan secara automatik dalam e-LPPT bagi staf yang layak.

 
Bersama-sama ini disertakan MANUAL bagi tuntutan bonus pembangunan eKandungan melalui sistem My UTM.
 
Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pengurus Multimedia Kreatif dan Teknologi Pembelajaran UTM di sambungan 37885 atau e-mail kepada nurbiha@utm.my.

Sekian, terima kasih.