PENILAIAN PRESTASI (eLNPT) TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa penilaian prestasi staf bukan akademik (eLNPT) tidak lagi menggunakan Sistem UTMHR tetapi staf boleh mengakses eLNPT melalui Portal UTM.
Kaedah:
1. Masukkan alamat Portal UTM https://my.utm.my/
2. Masukkan ACID ID staf untuk login masuk
SS MYUTM.png
3. Pada Dashboard Portal UTM, di bawah menu SISTEM UTM, klik menu Sumber Manusia (di sebelah kiri paparan)
SS Portal .png
4. PYD akan dibawa ke laman yang memaparkan pilihan Sistem Kegiatan & Sumbangan dan Sistem LNPT.
Screenshot 2018-12-02 19.24.43.png

 

5. PYD boleh masukkan maklumat berkaitan aktiviti di bawah modul Sistem Kegiatan & Sumbangan. Bagi pengisian KAI dan penghantaran eLNPT, PYD perlu masuk ke modul Sistem LNPT.
Maklumat berikut boleh dirujuk dalam Google Drive yang dikongsikan:-
Sekian, untuk makluman dan tindakan semua PYD selanjutnya. Sebarang permasalahan boleh diajukan kepada Urus setia eLNPT di elnpt@utm.my.
Terima kasih.

PELAKSANAAN INDEKS KOMPETENSI STAF (CIS) 2018

Assalamualaikum wrt,

Adalah dimaklumkan bahawa, penilaian Indeks Kompetensi Staf / Competency Index for Support Staf (CIS) merupakan Pra Syarat Wajib bagi Staf Pengurusan & Profesional Dan Pelaksana (Gred 1 – 54) mengisi Penilaian Prestasi Staf (e-LNPT) bagi tahun 2018.Staf dikehendaki untuk mengisi CIS terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengisi e-LNPT. 

Tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan pengukuran CIS adalah seperti berikut:

PYD MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI PPC MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP PYD
1 – 16 Disember 2018 17 – 31 Disember 2018

 

Maklumat tambahan berkaitan pelaksanaan pengukuran CIS boleh dilihat di dalam poster yang telah disediakan oleh pihak Urus setia. Segala kerjasama dan keperihatinan semua Staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana amatlah dihargai untuk menilai dan mengisi markah bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah pada saat-saat akhir.

Sekian, terima kasih

Pembangunan Bahan E-Kandungan Terbuka

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Saudara,

Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Sebagaimana sedia maklum, Universiti telah bersetuju memberi markah bonus sebanyak 5% bagi pembangunan bahan ekandungan terbuka.

Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2016, Pelaksanaan Penambahbaikan Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT) Tahun 2016 Mengambil Kira Keperluan Universiti Penyelidikan Bagi Komponen Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan adalah berkaitan.

DEFINISI:

Bahan eKandungan asli terbuka berdasarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) merangkumi bahan berbentuk digital yang:

1.         dibangunkan sendiri oleh pensyarah,

2.         tidak melanggar sebarang hakcipta,

3.         ditawarkan secara terbuka dalam talian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

4.         Penawarannya perlu secara terbuka di platform selaine-Learning UTM (bermakna, bahan boleh diakses secara terus oleh sesiapa sahaja).

Sehubungan itu, bagi penilaian tahun 2018, staf akademik perlu mengisi maklumat melalui My UTM pada pautan UTM Acad bagi tujuan semakan dan verifikasi oleh pihak UTMLead.  Markah Bonus akan dipaparkan secara automatik dalam e-LPPT bagi staf yang layak.

 
Bersama-sama ini disertakan MANUAL bagi tuntutan bonus pembangunan eKandungan melalui sistem My UTM.
 
Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pengurus Multimedia Kreatif dan Teknologi Pembelajaran UTM di sambungan 37885 atau e-mail kepada nurbiha@utm.my.

Sekian, terima kasih.