PELAKSANAAN INDEKS KOMPETENSI STAF (CIS) 2018

Assalamualaikum wrt,

Adalah dimaklumkan bahawa, penilaian Indeks Kompetensi Staf / Competency Index for Support Staf (CIS) merupakan Pra Syarat Wajib bagi Staf Pengurusan & Profesional Dan Pelaksana (Gred 1 – 54) mengisi Penilaian Prestasi Staf (e-LNPT) bagi tahun 2018.Staf dikehendaki untuk mengisi CIS terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengisi e-LNPT. 

Tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan pengukuran CIS adalah seperti berikut:

PYD MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI PPC MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP PYD
1 – 16 Disember 2018 17 – 31 Disember 2018

 

Maklumat tambahan berkaitan pelaksanaan pengukuran CIS boleh dilihat di dalam poster yang telah disediakan oleh pihak Urus setia. Segala kerjasama dan keperihatinan semua Staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana amatlah dihargai untuk menilai dan mengisi markah bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah pada saat-saat akhir.

Sekian, terima kasih