Resepi Nasi

1. Nasi Goreng Kampung

Siapa yang tak sukakan nasi goreng atau lebih khusus lagi, nasi goreng kampung, sampai hati anda tak suka nasi enak ini! Tak apalah. Kami ada cara untuk ubah fikiran anda ini. Butterkicap mempunyai resepi nasi goreng kampung yang cukup menyelerakan sehingga boleh membuatkan anda berselera untuk makan nasi goreng setiap hari.

Nak dapatkan resepi istimewa kami? Klik di sini.

 

2. Nasi Lemak

Kredit: sweetsaltyandalittlenutty.com

Nasi lemak ialah nasi kebangsaan Malaysia (tak rasmi). Jadi, haruslah nasi ini disenaraikan sebagai salah satu resepi nasi popular di negara ini. Resepi nasi lemak enak ini adalah daripada Azie Kitchen.

Bahan-bahan:

Nasi Lemak

  • Beras – basuh dan tos
  • 1 helai daun pandan – carik dan simpul
  • Garam
  • 2 inci halia – hiris
  • 1 cawan santan pekat

Sambal Ikan Bilis

  • 1 mangkuk ikan bilis (basuh dan keringkan)
  • 3-4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • Air asam jawa / 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam
  • 3 sudu besar gula
    Sedikit gula Melaka
Cara Masak:
  1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
  2. Sementara menunggu nasi masak, Sediakan sambal.
  3. Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  4. Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh dicedok keluar.
  5. Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar-benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses ini sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  6. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.
  7. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
  8. Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

 

3. Nasi Briyani

Credit: pakkabong.wordpress.com

Siapa yang takkan cari nasi briyani pada hari Jumaat. Kami pernah katakan bahawa Nasi Briyani ialah nasi “TGIF” rakyat Malaysia. Sekarang, anda tak perlu beratur lama semata-mata untuk dapatkan briyani. Dengan resepi oleh Azie Kitchen ini, briyani lain akan rasa tak sedap lagi.

 

Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras basmati – cuci & keringkan
  • 1 kg ayam, daging atau kambing
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 bawang besar (potong dadu)
  • 5-6 buah tomato masak saiz besar (potong dadu)
  • 2 labu bawang putih (tumbuk)
  • 3 inci halia (tumbuk)
  • 1 ½ cawan yogurt
  • 2  tangkai daun bay
  • Minyak zaitun
  • 4 biji telur (rebus, kupas dan kelar)
  • 4 biji kentang kecil (kupas dan rebus)
  • ½ cawan susu (tidak diwajibkan)
  • Saffron dan perwarna kuning

Hiasan
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar – hiris
  • 4 biji cili hidup hijau – potong 1 inci
  • Daun pudina
  • Badam & kismis (opsyenal)
Cara Masak:

a) Penyediaan Nasi

  1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos.
  2. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, daun bay dan sedikit garam.
  3. Masak sehingga air mendidih.
  4. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

 

b) Penyediaan Ayam

  1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Boleh masukkan daun pandan untuk menambah kewangian.
  3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, masukkan air lebih sedikit sehingga daging tenggelam supaya daging dimasak empuk.
  4. Satukan yoghurt dan buah tomato lalu tuang ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bay, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  6. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

 

c) Penyediaan Briyani
  1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu dan titis rata di atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau cecair saffron dengan menggunakan penapis teh di atas nasi.
  2. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato yang dipotong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun pudina yang dihiris.
  3. Letakkan pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
  4. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  5. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  6. Masukkan periuk ke dalam periuk nasi dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan kertas aluminium dan dimasak dalam ketuhar.
  7. Sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

4. Nasi Minyak

nasi minyakDalam kenduri-kendara, tidak sah kalau tiada nasi minyak. Kalau teringin mahu makan, tak perlu tunggu jemputan kahwin, cuba saja resepi istimewa Nasi Minyak Butterkicap. Resepi kami ini dijamin lebih lemak, lebih bermentega dan lebih gebu. Jadi, dapatkanlah resepi di sini.

 

5. Nasi Ulam

Kredit: pinterest.com

Di negeri di sebelah utara, masyarakat di sana mengamalkan pemakanan sihat tanpa perlu berkompromi. Hal ini demikian kerana mereka ada nasi ulam yang pastinya menambah selera sesiapapun untuk makan disamping memberikan nilai nutrisi yang diperlukan badan. Kalau mahu makan nasi dan mahu berdiet juga, cubalah resepi nasi ulam oleh Aniza Little Kitchen di bawah!

 

Bahan-bahan:
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 6 biji cilipadi (diracik halus)
  • 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 2 keping ikan tenggiri masam, dibakar dan dikopek isinya
    (Boleh digantikan dengan ikan talang masin, udang kering atau ikan kembung bakar)
  • 1/4 cawan kerisik (ditumbuk halus)

 

Ditumbuk
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 keping asam gelugur
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu teh garam

 

Dimayang
  • Daun kadok
  • Daun pegaga
  • Daun selom
  • Daun kesom
  • Daun janggus
  • Bunga kantan
  • Daun pudina
  • Daun selasih

 

Cara Masak:
  1. Balutkan daun yang kecil dengan daun yang besar untuk memudahkan proses menghiris daun.
  2. Masukkan semua bahan dalam satu periuk dan kacau sehingga rata.
  3. Campurkan bahan ditumbunk dan dimayang, gaul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan lain, gaul rata dan hidangkan bersama lauk pilihan anda.

 

6. Nasi Tomato

Kredit: dapour.wordpress.com

Nasi tomato adalah antara nasi paling mudah untuk disediakan. Rasa tomato yang enak membuatkan nasi itu cukup dimakan begitu sahaja tanpa perlu kuah sampingan. Tak percaya? Cubalah resepi dari Azie Kitchen ini!

Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras Basmathi – cuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato – dicincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar majerin/minyak sapi
  • 5 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air – ikut sukatan beras
  • Daun pandan disimpul atau daun sup cincang
  •  3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

 

Cara Masak:
  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata.
  3. Tambah air, daun pandan dan  masak sehingga air mendidih.
  4. Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
  5. Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan lahan supaya nasi tidak patah dan hancur.

 

7. Nasi Ayam

Kredit: anggerik-seroja.blogspot.sg

Satu-satunya hidangan yang tak perlukan hari istimewa untuk disediakan ialah nasi ayam. Kalau mahu hidangan nasi ayam anda meletup, cubalah resepi nasi ayam hainan istimewa Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang lebih mesra dikenali sebagai KJ.

Beliau dengan penuh kasih sayang, mahu berkongsi resepi nasi kegemaran beliau dengan anda menerusi Butterkicap. Dapatkan resepi beliau di sini.

 

8. Nasi Kerabu

Kredit: geocities.ws

Kalau di sebelah utara, kita ada nasi ulam, di pantai timur pula, kita ada nasi kerabu. Dapatkan resepi yang dipetik daripada Azie Kitchen untuk anda cuba resepi nasi sihat versi pantai timur pula.

 

Bahan-bahan:
a) Nasi
  • 5 1/2 pot beras
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
  • 2 helai daun pandan

 

b) Sambal Tumis

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bwg merah
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar budu
  • Minyak masak

 

c) Sambal Ikan

  • 1 biji kelapa parut – goreng atas api perlahan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan sardin – rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 batang serai
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 1/2 sudu teh garam
Cara Masak:
a) Nasi
Masak nasi menggunakan periuk nasi seperti biasa.
b) Sambal Tumis
  1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 1/2 cawan air dan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan serai dan asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula.
  5. Rasa sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan api boleh ditutup.

 

c) Sambal Ikan

  1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata.

 

 

9. Nasi Kacang

 

Kredit: Fbiza.com

Di Pulau Pinang, terdapat satu resepi nasi yang agak popular di sana iaitu hidangan nasi kacang. Nasi ini merupakan salah satu resepi nasi popular di Pulau Mutiara ini. Ayuh kita lihat cara untuk menyediakan hidangan ini dalam resepi ulun banjarese di bawah:

 

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cawan beras
  • 1 1/2 cawan air rebusan kacang dal
  • 1 cawan air
  • 1 cawan kacang dal
  • 1/2 cawan minyak sapi
  • 1/2 cawan bawang merah – dimayang
  • 2 batang lobak merah – dipotong halus
  • 1/2 kiub ayam
  • Garam secukupnya

 

Bahan Tumis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga

 

Cara Masak:
  1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang dan bahan-bahan penumis yg lain.
  2. Masukkan air, air rebusan kacang dal dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras yg telah dicuci, kiub ayam, kacang dal dan garam. Kacau selalu.
  4. Apabila nasi hampir kering, masukkan lobak merah. Tutup periuk.

 

 

10. Nasi Hujan Panas

 

Credit: kyrahkatering.blogspot.com

Nasi hujan panas ialah resepi nasi popular terakhir dalam senarai ini. Nasi hujan panas ialah nasi berwarna warni yang sedap dimakan bersama lauk-pauk lain. Cara penyediaan nasi ini mudah saja. Tak percaya? Tengoklah resepi Mudah  di bawah.

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Pewarna merah, kuning dan hijau

 

Bahan Tumis:
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar – dmayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Bawang goreng – hiasan

 

Cara Masak:
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
  3. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan yang disimpul.
  5. Masaklah nasi sehingga masak
  6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  7. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis, jika mahu.

Rujukan : http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-resepi-nasi-popular-malaysia

Resepi Daging

1. Daging Bistik

Resepi Daging
Kredit: seribu-resep.blogspot.my

Bagi mereka yang tidak pasti hidangan yang mahu dibuat dengan daging tersebut, anda boleh cuba membuat daging bistik kerana ia bukan sahaja mudah tetapi sedap di makan.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
  • 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 cm kulit kayu manis
  • Bahan perasa
  • Kacang pis untuk hiasan

Bahan (kuah):

  • 300 ml air
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub stok daging

Bahan (dikisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara Menyediakan:

  1. Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  2. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
  4. Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
  6. Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
  7. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
  8. Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
  9. Siap untuk dihidang.

 

2. Daging Goreng Berempah

Resepi Daging
Kredit: newresepimalaysia.blogspot.my

Mereka yang gemari ayam berempah pasti akan mengemari daging ini. Menggunakan resepi ayam berempah, daging berempah adalah untuk mereka yang meminati hidangan yang penuh rasa yang sangat mengamit selera.

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu, potong lebar
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang)
  • 2 helai daun salam
  • 2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula merah, kikis halus
  • 1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan (dikisar):

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2cm halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara Menyediakan:

  1. Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
  2. Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.
  3. Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lambut dan rempah meyerap. Toskan.
  4. Goreng daging hingga kecoklatan.
  5. Hidangkan dan makan bersama keluarga.

 

3. Daging Masak Hitam

Resepi Daging
Kredit: delimazamrud.my

Resepi daging seterusnya yang ingin kami kongsikan ialah daging masak hitam. Anda pasti pernah mendengar sotong masak hitam, ini merupakan cara membuat daging masak hitam. Tekstur yang penuh empuk pasti mengembirakan anda.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 Bawang besar mayang – hiasan

Bahan (dikisar):

  • 10 batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
  • 3 biji bawang besar kuning
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih

Cara-cara Menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

4. Rendang Daging Cili Hijau

Resepi Daging
Kredit: ajeyshatiella.blogspot.my

Mereka yang suka akan kepedasan dalam hidangan mereka, pasti akan suka resepi ini. Kepanasan yang dikeluarkan daripada cili hijau tersebut pasti akan menyebabkan resepi daging cili hijau ini diminati ramai.

Bahan-bahan

  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu

Bahan (dikisar)

  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

5. Stew Begedil Daging Dengan Kuah BBQ

Resepi Daging
Kredit: Youtube.com

Jika anda lebih gemari sesuatu yang masam, resepi ini adalah khas untuk anda. Stew begedil daging ini adalaah seperti daging yang boleh anda perolehi dari outlet makanan segera tetapi lebih enak kerana ia dibuat secara sendiri.

Bahan-Bahan:

Bahan Daging Begedil:

  • 500g daging kisar
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong halus
  • 1 sudu besar herba campuran
  • 2 sudu besar serbuk roti
  • 3 sudu besar BBQ Sauce
  • ½ sudu kecil garam

Bahan A:

  • 1 biji bawang besar, dikupas, dipotong kepada beberapa bahagian.
  • 1 biji lobak, dikupas dan dipotong.
  • 1 biji tomato, dihiris.

Perisa:

  • 3 sudu BBQ Sauce
  • 1 sudu kecil garam
  • 600ml air

Cara-cara Menyediakan:

  1. Masukkan semua bahan bergedil daging dalam mangkuk dan gaul. Kemudian bentukkan menjadi saiz kecil sebelum digoreng dalam minyak panas hingga menjadi garing.
  2. Tuang minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit dalam periuk. Goreng bawang hingga naik baunya. Masukkan bahan A, daging dan perisa. Kecilkan api biarkan ia masak selama 30 minit.
  3. Selepas itu, ia sudah boleh dihidangkan. Lebih sedap jika ia dimakan bersama roti.

 

6. Daging Masak Kurma

Resepi Daging
Kredit: dielacraft.blogspot.my

Daging kurma merupakan salah satu hidangan yang sering kali menjadi menu pada setiap Hari Raya. Daging kurma bukan sahaja sesuatu yang mudah untuk dibuat malahan ia sangat enak dimakan. Kami syorkan anda makannya dengan nasi beriyani.

Bahan-Bahan:

Bahan A:

  • 1 kg daging dipotong nipis sederhana besar- basuh dan toskan
  • 5 ulas bawang mera
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 labu bawang besar dipotong melintang berbentuk gelang

Bahan B:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan C:

  • 5 sudu besar rempah kurma ayam dan daging
  • ½ cawan tomato puri (atau sos tomato)
  • ½ cawan sos cili
  • segenggam badam dibuang kulit dan ditumbuk halus
  • 3 biji cili merah dibelah 4

Cara-cara Menyediakan:

  1. Masukkan daging ke dalam mangkuk. Campurkan rempah kurma, sos cili dan tomato puri dan sedikit air. Gaul rata. Perap 15 minit.
  2. Panaskan 5 sudu besar minyak & 1 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah campur (B) hingga bawang keperangan dan wangi.
  3. Masukkan daging beserta rempah yang diperap tadi. (kesemuanya) Tutup periuk dan perlahankan api. Masak hingga daging empuk.
  4. Apabila daging empuk, tambahkan sedikit air. Masukkan badam,serbuk kas-kas, bawang besar yang dihiris cili merah, garam dan gula. Gaul rata dan biar bawang layu.
  5. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, tutup api.

 

7. Daging Bakar

Resepi Daging
Kredit: ohnathassya.blogspot.my

Jika anda tidak mahu menyusahkan diri anda dengan memasak, kami syorkan membakar daging bukan sahaja perkara yang mudah malahan ia akan mengekalkan perisa. Cubalah resepi daging bakar yang mudah ini.

Bahan-bahan:

  • 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 4 ulas bawang merah
  • 500 ml santan pekat
  • 1 labu bawang besar
  • Garam

Cara-cara Menyediakan:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
  2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
  3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
  4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

 

8. Daging Kunyit

Resepi Daging
Kredit: mamamiasanasini.blogspot.my

Kami pasti anda pernah mendengar ayam kunyit, daging kunyit? Kami turut mahu mengentengahkan resepi daging kunyit agar anda memperolehi resepi yang berlainan dalam menyediakan daging.

Bahan A
  • 1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B
  • 1 labu bawang besar dihirit bulat.
  • 1 biji Cili Hijau hiris serong
  • 4 biji Cili Padi (di ketuk)
  • 2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
  • 1 Inci Halia (Hiris Besar)
Bahan C
  • Lobak Merah (dipotong nipis panjnag)
  • Bunga Kobis (dipotong kecil)
Cara-cara Menyediakan:
  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.
  2. Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya
  4. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.
    Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
  5. Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).
  6. Gaul dan ratakan semua bahan dan hidang.
9. Daging Palembang
Resepi Daging
Kredit: dapurpatriot.wordpress.com
Daging Palembang merupakan salah satu resepi daging yang kami rasa anda semua harus cuba buat dan rasanya. Ianya seperti daging masak hitam tetapi perisanya lebih manis dan menjadi rajutan kepada mereka yang gemari makanan seperti itu.
Bahan-bahan:
  • 700 gram daging – potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 500ml santan pekat
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
  •  1 sudu besar sos tiram minyak

Bahan (dikisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering

Rempah Penumis:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara Menyediakan:

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.
  5. Hidangkan.

 

10. Daging Masak Kuzi

Resepi Daging
Kredit: jihanspices.blogspot.my

Resepi terakhir yang ingin kami kongsi ialah resepi daging masak kuzi yang asalnya dari Kelantan. Daging kuzi merupakan salah satu hidangan yang sangat enak, manis dan sedap dimakan dengan roti mahupun nasi.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging di potong 20
  • 4 sudu makan minyak ghee
  • 2 sudu makan susu pekat
  • ½ sudu teh garam
  • 1 Kulit kayu manis,
  • 2 buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 2 bunga cengkih
  • 750 ml air

Bahan (dikisar):

  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – dikisar
  • ½ biji bawang merah | di buat bawang goreng
  • 4 sudu makan rempah kuzi
  • ½ tin susu cair
  • 3 sudu makan tomato sos
  • 100 gm badam biji | di buang kulit
  • 100 gm kismis
  • 100 gm badam serbuk

Cara-cara Menyediakan:

  1. Panaskan minyak ghee di dalam kuali.
  2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Masukkan daging dan air, biarkan daging masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.
  4. Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan sedikit air.
  5. Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair, susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.
  6. Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam yang digaul rata.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Jus Buahan

Jus Ubit Bit

Bahan-bahan :
  • 100 gram bit
  • 3 buah kurma
  • 1 sdm yoghurt tawar
  • 2 sdm sirup gula
  • 150 ml air dingin
Cara membuat jus bit :
  1. Cuci bit secara menyeluruh, gunakan air dingin dan bersih untuk mengurangi risiko kontaminasi yang dapat menyebabkan penyakit akibat makanan.
  2. Kupas kulit buah bit lalu potong-potong, pisahkan juga kurma dari bijinya.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  4. Hidupkan blender, proses sampai halus dan tercampur rata.
  5. Sajikan jus bit selagi dingin atau simpan di kulkas dalam wadah kedap udara tidak lebih dari 24 jam untuk meminimalkan hilangnya nutrisi.

Resepi Sayur

Sayur Goreng Campur

Bahan bahan:
5-6 ekor udang
6-8 batang kacang panjang
Sedikit kubis
1/2 batang karot
2-3 batang jagung
1 batang cili merah
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk perasa
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata.
Kemudian masukkan sayuran mulai dari yang agak keras hingga yang lembut iaitu karot, jagung, kubis dan akhir sekali kacang panjang.
Tuangkan sedikit sos tiram dan serbuk perasa. Akhir sekali, tabur cili merah hiris dan sedia untuk tutup api supaya sayur tidak terlalu lembut. Sedia untuk dihidangkan.
Rujukan : http://www.aziekitchen.com/2017/06/sayur-goreng-campur-untuk-hidangan.html

 

Resepi Ikan

Ikan kembung masak singgang

Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung sederhana besar
2 biji bawang besar – dimayang halus
2 ulas bawang putih – nina ketuk ajerr
1 inci kunyit hidup – nina ketuk ajerr
2 batang serai – nina ketuk pas tu hiris besar-besar
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Hahaa..
1-2 biji cili merah dan cili hijau – hiris serong
1 keping asam gelugur
2 biji tomato – belah empat
garam, gula secukup rasa

Cara-caranya :-
1- Ikan dibersihkan lalu ditoskan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih kunyit, serai dan cili padi. Rebus hingga mendidih
2- Kemudian masukkan asam gelugur, kacau dan biar mendidih.
3- Lepas tuu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan hijau. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan garam & gula secukup rasa.
4- Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama nasi panas-panas.

Rujukan : https://ninamirza.com/2011/10/19/ikan-kembung-masak-pindang/