Info Senaman

Senaman bagi mereka yang sibuk

Anda boleh memilih satu daripada lima jenis senaman ringkas berikut;

1.Berjalan Kaki

Berjalan kaki merupakan salah satu senaman ringkas yang cukup sederhana yang boleh anda lakkan pada setiap hari. Luangkan waktu anda seketika setiap pagi untuk berjalan kaki. Biasakan diri untuk bangun pagi dan berjalan  di sekitar kawasan kediaman anda.

Jika jarak ke tempat kerja/kampus cukup dekat, tidak ada salahnya jika anda berjalan kaki sahaja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan waktu ketika berbual di telefon bimbit untuk menggerakkan kaki anda daripada hanya duduk berdiam diri di kerusi. Percayalah, senaman klasik ini mampu memberikan manfaat yang luar biasa buat anda.

 

Baca Juga: Ubat Kurus

 

2. Squat

Senaman ini sangat bagus untuk membentuk otot punggung dan paha anda.Gerakan squat cukup mudah sehingga anda boleh melakukan squat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Caranya : berdiri, duduk di kerusi atau bangku, kemudian berdiri lagi. Ulangi gerakan tersebut sebanyak 15-20 kali.

 

3. Jogging

Jogging tidak semestinya  perlu dilakukan di luar rumah jika anda tidak mempunyai banyak waktu untuk melakukannya. Senaman ringkas ini tidak sukar untuk anda lakukan. Anda boleh meluangkan waktu di pagi hari untuk melakukannya. Memadai jika anda lakukannya, paling minimum 10 minit pada setiap hari. Malahan, anda boleh melakukannya sambil menoton televisyen ataupun mendengar muzik.  Senaman ringkas ini baik untuk membentuk massa otot dan juga membakar kalori dalam tubuh anda.

 

4. Push Up &  Sit Up

Senaman ringkas yang ke-empat adalah push up dan sit up. Senaman ringkas ini tidak memerlukan waktu yang banyak dan boleh anda lakukan di pada waktu-waktu terluang  pada setiap hari. Cuba lakukannya 10-15 kali  dan anda juga boleh melakukan push up to the wall sebagai alternatif jika push up konvensional itu masih sukar untuk anda lakukan.

Caranya, push up dalam posisi berdiri dengan tangan yang melekat di dinding. Senaman ringkas ini mampu membakar kalori tubuh anda dan membuat tubuh anda menjadi segar serta boleh membentuk otot tubuh anda.

 

 5. Abdominal Exercise

Anda hanya memerlukan 5 minit setiap hari untuk melakukan senaman ringkas yang menguatkan otot perut. Senaman  tersebut seperti bicycle crunch, plank, dan mountain climber. Tiga senaman ini sangat cepat untuk membakar kalori tubuh serta menjaga kesegaran tubuh anda  sepanjang hari.

http://www.wom.my/kesihatan/senaman/senaman-ringkas-jika-sibuk/

Info Kesihatan

Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.

Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.

Baik untuk hati: Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.

Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.

Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.

Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.

Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.

Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).

Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.

Rujukan : https://www.berrytox.com/single-post/Khasiat-dan-Kelebihan-Ubi-Bit-Beet-Root