Perjalanan Menuju ke Syurga

7 Amalan Sunat Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian

Amalan sunat merupakan suri tauladan yang terbaik di muka bumi ini.Kita perlu mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah SAW dalam usaha menjadi umat Rasulullah yang taat dan berkualiti serta mengejar dunia akhirat yang kekal abadi. Pada entri kali ini, saya kongsikan 7 amalan sunat Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian, yang juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Moga bermanfaat buat semua.

 

1. Tunaikan Solat Tahajjud

  • Rasulullah, para kekasih Allah dan para Ulama’ tidak sesekali meninggalkan solat tahajjud.
  • Barangsiapa yang solat sunat tahajjud adalah ciri-ciri orang soleh dan ikhlas

Abi B. Thalib pernah berkata,

“Salah satu dari ubatnya hati adalah solat malam dan tahajjud.”

Firman Allah Surah Al-Israa’ ayat 79 yang bermaksud,

“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah mudahan Tuhan Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.“

2. Mengimarahkan masjid/solat subuh di masjid

  • Masjid adalah rumah Allah.
  • Masjid adalah sebuah tempat suci bagi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya secara zahir mahupun batin.
  • Masjid juga dijadikan sebagai tempat suci bagi orang yang sentiasa menyucikan diri.

3. Membaca Al-Quran beserta maksudnya

  • Al Quran adalah mukjizat yang di beri kepada Nabi Muhammad sebagai petunjuk dan sumber mata kehidupan.
  • Kandungan di dalam Al Quran wajib dijadikan pedoman orang Muslim untuk hidup dan menjalani kehidupan seharian.
  • Bukan hanya membaca Al-Quran itu penting, tetapi juga memahami dan menghayati ertinya serta mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

4. Tunaikan solat Dhuha

  • Solat sunat Dhuha merupakan sunnah yang sering dilakukan Rasulullah
  • Setiap amal ibadah yang diperintahkan Allah pasti ada rahsia yang tersembunyi di dalamnya.
  • Tapi yang pasti semuanya itu adalah demi kemaslahatan dan kemanfaatan kita, manusia.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedakah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Bersedekah

  • Ketahuilah bahawa Allah menyukai orang bersedekah.
  • Malaikat sentiasa mendoakan orang yang bersedekah.
  • Carilah rezeki dengan bersedekah.
  • Terdapat banyak ayat Quran yang menyebut tentang sedekah.
  • Amalan sedekah merupakan tolok ukur/ciri-ciri orang yang beriman, soleh dan bertaqwa

 

6. Cuba untuk Menjaga/Pelihara wudu’

  • Rasulullah sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
  • Baginda berwuduk dalam apa jua keadaan sekali pun (pagi, petang, siang & malam)
  • Kalau boleh, kita jangan sesekali tinggalkan wudu’, jika batal, ambillah wuduk kembali.
  • Kerana wudu’ merupakan keperluan kita dalam rangka untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  • InsyaAllah kita akan terjaga daripada hal-hal yang kotor (bersifat mahupun rohani)
  • Wuduk merupakan proses pembersihan badan kita secara silmutan dilanjutkan dalam rangka untuk pembersihan fitrah dan hati atau rohani kita.

Berkata Khalifah Ali B. Abu Thalib,

“Orang yang selalu berwudu’ sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

7. Amalkan istighfar kepada Allah sekerap yang mungkin!

  • Masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan Allah jika kita beristighfar.
  • Bukannya susah untuk beristighfar, maka lakukanlah ikhlas kerana Allah! ?
  • Kita boleh beristighfar tidak kira masa dan waktu, seperti sebelum tidur, sedang membuat kerja di pejabat, dalam kesesakan lalu lintas dan bermacam situasi lagi.
  • Hamba Allah yang kuat beristighfar kepada Allah maka naluri dan kecenderungan rahmat ke atasnya sangat kuat.
  • Doanya juga mustajab dan tajam firasatnya.