Memangku dan Menanggung

Memangku Tugasan Pn. Zaiton bte Salimon
(Cuti Haji)
Tugasan :
• Pengurusan Sistem UG
• (AIMS2000 dan AIMSWEB)
• Pengurusan Sistem PG
• (SPS2003 dan AIMS SPS)
• Pengurusan Akaun Pelajar
• INTAKE UG
• Sistem Latihan Industri
• Sistem Jadual Waktu
• Sistem FAIS da FRANCAIS
• Sistem Transkrip (Mainframe)

Menanggung Tugasan Pn. Rusnizah
(Cuti Belajar)
Tugasan :
Proses Gaji RA/RO (Mainframe)

Menanggung Tugasan Pn. Siti Rashidah
(Cuti Bersalin)
Tugasan :
Sistem Peperiksaan Tahap Kecekapan (Peperiksaan)

SYSTEM DEVELOPMENT

  1. TEACHING EXCELLECNCE SYSTEM (TES) : REPORT, DCP BC, DCP DC, ELPPT – 2017 UNTIL 2019
  2. VEHICLE RESERVATION MANAGEMENT SYSTEM V2 – 2016
  3. SISTEM PENGURUSAN AKADEMIK UTM (UTMACAD) – 2015
  4. SISTEM PERMOHONAN TRANSKRIP(UTMTRAS) – 2013 UNTIL 2015
  5. SISTEM PEMBAYARAN ONLINE (ePAY) – 2010
  6. SISTEM LATIHAN INDUSTRI – 2010 UNTIL 2015
  7. SISTEM PENGANUGERAHAN HADIAH AKADEMIK – 2007 UNTIL 2010
  8. SISTEM ACADEMIC INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM(AIMSWEB) –
    2008 UNTIL 2010
  9. SISTEM PENDAFTARAN KURSUS (UG dan PG) – 2008 UNTIL 2010
  10. SISTEM PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH UTM(ePPP) – 2005/2006
  11. SISTEM PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN UTM(PTK) – 2005/2006
  12. SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PROFESSOR UTM – 2006/2007
  13. PROJEK HR-FINANCE – 2006/2007
  14. SISTEM DIREKTORI STAF LUAR NEGARA – 2003
  15. SISTEM PENGURUSAN MESYUARAT UTM – 2003
    – MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
    – MESYUARAT SENAT
    – MESYUARAT KURSUS/JABATAN BARU & PENGAMBILAN PELAJAR
    – MESYUARAT PROGRAM LUAR
    – MESYUARAT PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  16. SISTEM DIREKTORI PROFESSOR UTM – 2002
  17. SISTEM PENGURUSAN PEKELILING UTM – 2002
  18. SISTEM PENGURUSAN PEKELILING UTM – 2002
  19. SISTEM RANCANGAN MALAYSIA KE-7(RMK7) – 2001
  20. SISTEM SALURAN ADUAN DAN CADANGAN DALAMAN UTM(SSACD) – 2001
  21. SISTEM PENGURUSAN CUTI PUSAT KOMPUTER – 2001

ACADEMIC QUALIFICATION

1987 : SIJIL RENDAH PELAJARAN,
GRADE A,
SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABU BAKAR(SMSAB),
MUAR JOHORE.

DEC. 1989 : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA,
GRADE 1,
SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABU BAKAR(SMSAB),
MUAR JOHORE.

MAC. 1994 : DIPLOMA IN COMPUTER SCIENCE,
MARA INSTITUTE OF TECHNOLOGY MARA(MAINSTECH),
DUNGUN TERENGGANU.

AUG. 2005 : DEGREE IN COMPUTER SCIENCE,
UNIVERSITI TEKNOLGI MALAYSIA (UTM),
SKUDAI JOHORE.

Tanaman di Dapur

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

1. Daun bawang

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

Kalau anda ada beli banyak daun bawang, mungkin anda akan menyimpan daun bawang ni di dalam peti sejuk. Tapi masalahnya daun bawang ni jadi layu pulak.

Untuk mengelakkan pembaziran ni, anda tanam je daun bawang yang lebih tu.

Potong bahagian atas bawang merah dan tanam bahagian yang berakar di dalam pasu bertanah. Siram sekali sehari dan pastikan ianya mendapat cahaya matahari.

Ia akan membesar dalam tiga minggu. Kalau macam ni, anda ambil daun bawang yang anda mahu sahaja. Selebihnya ditinggalkan pada pokok.

Daun bawang juga mempunyai bau yang dapat menolong menghindarkan serangga perosak dari datang ke kawasan dapur anda..

2. Cili padi

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

Senang je nak tanak pokok cili ni. Keratkan cili padi dan ambil bijinya. Tabur biji cili tadi ke dalam pasu berisi tanah dan siram dua kali sehari.

Apabila pokok cili padi sudah bercambah dan mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun, anda boleh memindahkannya ke dalam pasu yang lebih besar supaya ianya dapat membesar dengan sempurna.

3. Serai

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan
Kalau anda ada lebihan serai, rendamkan je bahagian akarnya di dalam bekas berisi air. Akar serai akan tumbuh dalam masa tiga ke empat hari.

Apabila sudah bertunas, pindahkan serai tersebut di dalam pasu dan tanam secara serong.

Siram dua kali sehari pada minggu pertama untuk menggalakkan pertumbuhan. Selepas tujuh hari, anda hanya perlu menyiramnya sekali sehari sahaja.

4. Daun Saderi

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan
Lebihan bahagian akar sayur saderi ini boleh ditanam semula. Ambil lebih kurang tiga inci bahagian akar celery dan cucukkannya dengan batang lidi sebelum direndam di dalam bekas berisi air.

Fungsi lidi tersebut ialah supaya bahagian akar tidak mencecah permukaan bawah bekas. Simpan bekas di tempat bercahaya matahari.

Selepas satu ke dua minggu, daun saderi sudah mula bercambah di bahagian tengah. Ini bermaksud anda sudah boleh mengalihkannya ke dalam pasu bertanah.

Saderi memerlukan tanah yang sentiasa lembap jadi jangan lupa untuk menyiramnya dua kali sehari.

5. Halia

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan
Pilih bahagian halia yang bertunas dan tanam halia tersebut di dalam pasu. Pastikan ianya berada di kawasan separuh teduh, dan tidak terkena sinaran terus cahaya matahari.

Halia muda boleh dituai selepas enam bulan, manakala halia tua pula boleh dituai selepas sembilan bulan.

6. Bawang putih

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan
Untuk menanam bawang putih, anda hanya perlu mengambil beberapa ulas bawang tersebut dan menanam setiap ulas secara menegak dengan bahagian akar diletakkan di bahagian tanah dalam pasu.

Pastikan ianya mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Anda boleh mula menuai apabila daun mula bertukar kekuningan.

7. Daun ketumbar

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

Pastikan hanya bahagian akar sahaja yang ditimbus dengan tanah. Elakkan bahagian batang daripada turut tertanam, supaya ianya dapat membesar dengan sempurna.

Ambil bahagian akar lebih kurang dua ke tiga inci dan rendam di dalam bekas berisi air. Apabila sudah mula membesar lagi beberapa inci, pindahkan pokok ketumbar anda ke dalam pasu.

8. Kunyit

Kunyit pun anda boleh ditanam sendiri di rumah. Ini merujuk kepada kunyit hidup dan bukan kunyit serbuk.

Masakan anda akan lebih sedap jika menggunakan kunyit hidup, lebih  asli rasanya aslinya. Berbeza dengan sayuran sebelum ini, untuk menanam kunyit terdapat cara-caranya yang tersendiri.

Balut kunyit dengan kertas surat khabar yang lembap. Kemudian simpan di tempat gelap. Selepas 2-3 minggu, akan nampak tunasnya keluar.

9. Bok Choy atau Sawi Cina

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

Potong lebih kurang 1 inci setengah di pangkal sayur Bok Choy, rendam di dalam air dan letakkan di kawasan terang untuk memastikan ia mendapat cukup cahaya matahari.

Dalam 1 – 2 minggu kemudian, anda boleh pindahkan ia ke dalam pasu kecik dan biarkan ianya tumbuh sempurna

10. Lobak Merah

12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

Lobak Merah adalah jenis sayuran yang paling biasa ditanam semula di rumah kerana selalunya bahagian pangkal lobak merak akan dipotong dan tidak digunakan lagi. Jika anda rendam di dalam air ia akan bercambah sekali lagi.

Setelah akar mula bercambah, pindahkan pokok lobak tadi ke pasu yang bertanah. Sirang dua kali sehari dan letakkan di kawasan redup pada permulaannya.

11. Salad

v

Letakkan bahagian akar berendam di dalam bekas berisi air. Letakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari. Dalam beberapa hari akarnya akan mula bercambah.

Selepas seminggu, pindahkan benih itu ke pasu berisi tanah. Biarkan bahagian daun berada bebas di atas tanah. Anda boleh mengambil daun salad selepas dua minggu matangnya.

7 Jenis Tanaman Ini Sebenarnya Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Anda!

1.9K
SHARES

AddThis Sharing Buttons

Share to WhatsAppShare to More

Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.

Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat!

1. SIRIH GADING

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.

2. ALOE VERA

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.

3.PAKIS BOSTON

Spesies ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam kamar tidur agar kulit tidak kering.

4. MONSTERA DELICIOSA

Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

5. LIDAH MERTUA

Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.

6. DRACAENA

Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang bekuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.

7. SPIDER PLANT

Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.

Mutiara Kata Tokoh Islam

Mutiara Kata Tokoh Islam Yang Boleh Dijadikan Inspirasi

12989

views

Share on Facebook
Tweet on Twitter

 

Susunan kata yang indah kadang mampu melunakkan hati yang keras. Mendinginkan amarah yang membara, meredakan hati yang sedang dirudung kesedihan, membugarkan jiwa yang kelemahan, membangkitkan semangat untuk meneruskan kehidupan dan pelbagai lagi.

Kata-kata mahupun bait-bait indah yang dicipta oleh seseorang itu juga merupakan satu ilham yang tersangat istimewa dianugerahkan kepada mereka yang terpilih.

Sebab itu, tidak mustahil jika ada kata-kata mutiara yang pernah kita baca mahupun dengar itu kadang mudah membuatkan hati tersentuh. Bahkan, jatuh terus ke relung hati yang dalam. Ini kerana, biasanya ia lahir dari hati.

14 Mutiara Kata Tokoh Islam

Berikut disajikan beberapa mutiara kata tokoh Islam yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua sebagai bekalan untuk meneruskan pengembaraan di dunia ini.

1. Luqman al-Hakim; Kisahnya Diabadikan Dalam Kitabullah Surah Luqman

“Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.”

2. Umar bin Abdul Aziz; Khalifah Zaman Umaiyah

“Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan memperbaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian dan bersiap-siaplah sebelum ia datang, kerana kedatangannya merupakan penghapus setiap kenikmatan.”

“Saudara sekalian, siapa yang taat kepada Allah, maka ia wajib ditaati dan siapa yang bermaksiat kepada-Nya, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah, namun jika aku bermaksiat maka janganlah kalian mentaatiku!”

3. Hasan Al-Basri; Ulama Tabi’in

“Wahai anak Adam, (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya. Kerana sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, nescaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan, apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan malammu.”

4. Imam Abu Hanifah; Imam Mazhab Hanafi

“Tunjukkanlah kasih sayang sesama manusia seluruhnya dan ucapkan salam kepada semua orang walaupun orang yang kurang baik budi pekertinya.”

5. Hasan bin Shalih; Perawi Hadis

“Berbuat baik akan menimbulkan kekuatan badan, cahaya dalam hati dan mencerahkan penglihatan. Sedang berbuat jahat menjadikan badan lemah, menggelapkan hati dan membutakan penglihatan.”

“Kamu tidak akan memahami agama ini sehingga kamu bersikap tidak peduli tentang dunia ada di tangan siapa.”

6. Abdullah bin Mubarak (Ibnul Mubarak); Ulama dan Ahli Hadis Terkenal

“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

7. Rabi’ Ibnu Khutsaim; Ulama Tabi’in dan Murid Kesayangan Abdullah bin Mas’ud; Sahabat Rasulullah SAW

“Apa-apa yang kamu ucapkan di sini (dunia), maka akan ditulis dan dibacakan semuanya nanti di sana (akhirat).”

8. Imam Syafie; Imam Mazhab Syafie

“Jika engkau ingin hidup tanpa kehinaan, agama dan kehormatanmu sentiasa terjaga. Maka, janganlah terucap darimu keburukan seseorang… Ini kerana setiap yang ada padamu adalah aib, sedangkan orang lain juga memiliki lisan. Jika matamu menampakkan padamu aib-aib orang lain, maka tinggalkanlah dan katakan padanya mereka juga punyai mata…”

9. Khalifah Harun al-Rasyid; Khalifah Kelima Bani Abbasiyah

“Aku tidak berbangga dengan kejayaan yang aku tidak rencanakan seperti aku tidak akan menyesal atas kegagalan yang terjadi di hujung usaha.”

10. Ibnu Hajar al-Asqalani; Ulama, Ahli Hadis dan Ahli Sufi Dalam Kalangan Mazhab Syafie

“Belajar sesuatu ilmu hendaklah dilakukan dengan bertahap. Ini kerana jika sesuatu permulaannya mudah, ia akan menarik bagi orang-orang yang mempelajarinya. Jika hal itu terjadi, maka pelajaran pun akan diterima dengan mudah. Akhirnya, sedikit demi sedikit ilmunya akan bertambah.”

11. Sultan Muhammad al-Fateh; Pembuka Kota Konstantinople

“Jangan sampai engkau sekali-kali melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana sesungguhnya agama itulah tujuan kita, hidayah Allah adalah manhaj hidup kita dan oleh sebab itulah kita dimenangkan.”

12. Imam Badi’uzzaman Said al-Nursi; Ulama Yang Memperjuangkan Islam Pada Masa Pemerintahan Kamal Ataturk

“Musuh kita adalah kejahilan, keperluan dan perselisihan. Kita akan memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan senjata kemajuan, pengetahuan dan penyatuan. Permusuhan dan perseteruan adalah kebinasaan. Kita sebenarnya tidak mempunyai waktu untuk bermusuhan (sesama sendiri)…”

“Menghidupkan kembali agama bererti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti adanya cahaya kehidupan.”

13. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah; Ulama Hadis Yang Bernasab dengan Khalid al-Walid; Sahabat Rasulullah SAW

“Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya.”

14. Abu Qudamah asy-Syami; Pahlawan Islam

“Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap.

Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki. Adapun, sesuatu yang memudaratkan di dunia dan akhirat pula merupakan bala (kerugian) yang hakiki.

Manakala, bermanfaat di dunia akan tetapi memudaratkan di akhirat seperti mengikuti hawa nafsu pula merupakan bala bagi orang yang berakal, sekalipun orang jahil menganggapnya nikmat.”

3 Amalan ke Syurga

Tiga Amalan Jalan Mukmin Ke Syurga

SETIAP orang mukmin yang berada di muka bumi ini pastinya mempunyai impian untuk menjadi penghuni syurga Allah apabila dibangkitkan di kampung akhirat kelak. Sebagaimana yang digambarkan Allah SWT di dalam al Quran melalui surah at-Taubah ayat 72, Allah berfirman yang bermaksud “Allah telah menjanjikan kepada orang laki-laki dan perempuan yang beriman dengan jannah (taman/syurga) yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, kekal mereka di dalamnya dan (mendapat) tempat tinggal yang baik di dalam Jannati (taman/syurga) ‘Adni. Dan keredaan Allah itulah yang lebih besar, itulah kejayaan yang cemerlang”.

Melalui rancangan Tarbiah yang bersiaran di radio IKIMfm jam 10.15 pagi, Ustazah Muzayyanah Abdullah memperincikan tentang tiga amalan yang menjadi jambatan untuk seseorang mukmin menjadi penghuni syurga Allah yang amat indah sebagaimana yang digambarkan di dalam surah at-Taubah seperti yang dikongsikan di atas.

Amalan tersebut yang pertama adalah membina hubungan yang akrab dengan Allah SWT melalui solat. Ibadah solat adalah amalan penting dan utama yang dihisab oleh Allah di saat tibanya hari perhitungan di akhirat nanti.

Sungguhpun solat merupakan rukun Islam yang kedua, selepas mengucap kalimah syahadah, namun ia adalah amalan utama yang menjadi perkiraan pada saat Allah menghitung setiap amal baik dan buruk seseorang manusia untuk ditempatkan di syurga mahupun neraka.

Jika amalan-amalan baik yang dilakukan umpamanya seperti sedekah, zakat waima berbuat baik sesama makhluk sekalipun, namun jika sepanjang waktu kehidupan tidak ada ruang untuk menyembah Allah SWT, amalan-amalan lain tidak menjadi keutamaan dalam perhitungan Allah kerana solat sebagai tiang agama akan dihisab oleh Allah terlebih dahulu berbanding amal ibadah yang lain.

Bagaimanapun jika ada umat Islam yang tidak mendirikan solat fardhu lima kali sehari namun dalam masa yang sama melakukan amal kebaikan lain, jangan sesekali berhenti membuat amal jariah kerana barangkali dengan kebaikan-kebaikan yang dilakukan itu Allah yang maha pengampun akan mengurniakan kefahaman Ilmu dan hidayahNya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW “solat itu akan mencegah dari sebarang perbuatan yang keji dan mungkar” merupakan seruan penting terhadap keutamaan solat yang akan menjauhi umat Islam dari perbuatan yang terpesong dari seruan agama. Seseorang yang mendirikan solat dan faham akan suruhan solat pastinya mempunyai akhlak yang terpuji, malahan mereka ini ketika di dalam solat, melaksanakan solat dan jika di luar solat sekalipun tingkah laku mereka umpama sedang berada di dalam solatnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu al Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Ankabut:45)

Amalan yang kedua adalah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, sebagai jalan bagi seseorang mukmin menuju dan seterusnya menjadi penghuni di dalam syurga Allah SWT. Amalan-amalan Sunnah ataupun berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang sangat dituntut oleh Allah SWT.

Sesungguhnya bagi seseorang mukmin yang mahu hampir kepada Allah SWT, mestilah menuruti Sunnah Rasulullah kerana jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Ini bermakna, bagi seseorang mukmin yang menghidupkan Sunnah baginda, menuruti seruan hadis baginda akan mendapat keredhaan daripada Allah taala.

Bahkan, seseorang mukmin itu bukan sahaja dituntut untuk selalu mengingati baginda dengan cara berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini terhadap ketinggian akhlak dan keperibadian baginda disebut di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”(Surah Al-Ahzab, ayat 56). Sementelah bagi mukmin yang menghidupkan Sunnah baginda, pastinya mendapat keberkatan dan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.

Seterusnya yang ketiga menurut Ustazah Muzayyanah adalah dengan membina silaturahim sesama manusia. Hubungan antara manusia dimulakan dari dalam rumah melalui hubungan kekeluargaan. Apabila seseorang mukmin menjaga hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, kemudian dipanjangkan dengan jiran tetangga, sahabat handai dan kawan-kawan hatta mereka yang baru sahaja dikenali menjadi jalan bagi mukmin menuju ke syurga Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indahnya Islam dan seruan Nabi Muhmmad SAW terhadap mukmin yang memelihara silaturahim diberikan khazanah kebaikan di dunia iaitu mendapat usia yang panjang dan rezeki yang murah. Manakala ganjaran di akhirat pula pastinya mereka yang menjaga hubungan sesama manusia, berbuat kebaikan sesama insan akan mendapat ganjaran yang didambakan oleh suluruh umat Islam yang beriman iaitu ganjaran syurga buat selama-lamanya.

Kehidupan seseorang mukmin akan mendapat barakah dunia dan akhirat jika mentaati segala suruhan Allah, menjauhi laranganNya dan mencintai Sunnah Rasulullah SAW. Seseorang mukmin yang memahami setiap tuntutan terhadap dirinya sudah pasti akan selalu memperbaiki diri untuk mencari redha Allah, meningkatkan ketaqwaan disisiNya dan akhir sekali menjalani kehidupan seiring dengan seruan Sunnah baginda SAW. Dengan setiap amalan dan perbuatan mengikut landasan ajaran agama Islam, mudah-mudahan seseorang mukmin itu akan dipermudahkan laluan di titian sirat dan pada penghujungnya akan menjadi penghuni syurga Allah yang kekal abadi.