Berdamping dengan Al-Quran

Usaha untuk istiqomah untuk membaca Al-Quran setiap solat memang kena kuat, dan saya masih belum lagi ke arah itu. Saya perlu usaha lagi, dan mari sahabat-sahabat syurga bersama kita berdamping dengan Al-Quran

Wallpaper Gambar Al Quran Yang Cantik

https://urang-kedah.web.app/wallpaper-gambar-al-quran-yang-cantik.html
  1. Pelajari melalui Al-Quran bertanda berwarna beserta Waqaf dan Ibtida
  2. Buka audio bacaan Al-Quran semasa membaca Al-Quran
  3. Cetak formula memahirkan tajwid untuk lebih mengingati kita untuk bacaan yang lebih tepat
  4. Membaca maksud Al-Quran supaya saya lebih memahami maksud bacaan

Hari-Hari disunatkan Berpuasa

https://today.salamweb.com/ms/hari-hari-yang-disunatkan-berpuasa/

1. Puasa enam bulan Syawal

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dituruti dengan 6 hari Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun.”  – HR Muslim.

Bagaimanapun, para ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai sama ada puasa tersebut adalah lebih afdal dilakukan secara berturutan atau diasing-asingkan. Namun, kita bebas untuk melakukan puasa enam bulan Syawal pada bila-bila masa, selama mana ia masih dalam bulan Syawal dan tidak pada hari yang dimakruhkan berpuasa.

2. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” – HR Tarmizi.

3. Puasa 3 hari setiap bulan (Hari Putih)

Hari Putih bermaksud hari ke-13, 14 dan 15 pada setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh, sehingga cahayanya menjadi terang. Disebabkan itu, ia digelar ‘Hari Putih’. Adalah lebih afdal untuk kita berpuasa pada Hari Putih.

Sabda Nabi S.A.W., yang bermaksud: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas.” – HR Tirmizi.

Bagaimanapun, kita juga boleh berpuasa pada mana-mana tarikh dalam bulan tersebut.

4. Puasa hari Arafah

Hanya untuk orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut adalah besar fadilatnya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” – HR Muslim.

5. Hari kelapan Zulhijjah

Kita amat digalakkan untuk berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah, yang dilakukan selama dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi Muhammad S.A.W. untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

6. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Ia tidak bererti berpuasa sebulan dalam keempat-empat bulan tersebut. Sebaliknya, memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:  “… Dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram.” – HR Muslim.

7. Puasa bulan Syaaban

Saidatina Aisyah r.a menyatakan: “Tidak pernah Rasulullah S.A.W. berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadan). Sesungguhnya, Baginda S.A.W. telah berpuasa sebulan penuh.” – HR Bukhari dan Muslim.

8. Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

Azam 2021

Masih ada azam pada tahun 2020 yang tidak tercapai. Syukur Alhamdullillah Allah masih panjangkan umur, semoga penuh barakah, Amin.

Makanya Azam yang masih belum tercapai perlu diteruskan selagi nafas masih ada :
1. Memperbaiki bacaan Tajwid
2. Banyakkan lagi puasa sunat
3. Aktif dalam NGO yang disertai
4. Banyakkan lagi memberikan hadiah dan sedekah
5. Mencari lagi ramai kawan-kawan yang baik untuk ke syurga
6. Tambahkan lagi belajar menu masakan
7. Berusaha untuk lebih sihat
8. Mempertingkatkan lagi ilmu IT

Usaha untuk Tubuh Sihat

Salah satu usaha adalah melalui Suplemen, Insyaallah. Apa-apa pun keizinan untuk sihat itu dari ALLAH sebenarnya, tetapi tidak salah untuk kita berusaha.

Saya ambil Suplemen :
1. 4Life
2. Forever Living
3. Produk Afiyat dan
4. Young Living Essential Oil

Amalan Surah untuk ke Syurga

Amalan surah pilihan harian mengikut waktu :-

1 – Selepas solat Subuh baca surah Yassin (dijanjikan apa yg kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan..wallahua’lam)

2 – Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman(Utk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah swt & segala nikmat yg telah Dia berikan kpd kita)

3 – Selepas solat asar, baca surah An- Naba'(Allah swt akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik)

4 – Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah(dijanjikan siapa yg amalkan baca, kemiskinan & kebuluran tidak akan dihadapinya)

5 – Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk & As-Sajdah(Utk menghindari diri drpd seksa kubur. Rasulullah saw tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca)

6 – Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi( Utk elak & selamat drpd fitnah Dajjal)

7 – Sebelum tidur baca ayat Kursi(Utk lindungi & memagar diri drpd gangguan kejahatan. Dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali(Org yg membacanya ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran)

Rujukan :
https://www.facebook.com/SahabatPencintaQuran/posts/amalan-surah-pilihan-harian-mengikut-waktu-1-selepas-solat-subuh-baca-surah-yass/155428121748005/

Jom Belajar Bahasa Inggeris

Allahhuakbar, rasa rindu belajar Bahasa Inggeris semasa Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Syukur ada MYLINE.

Apa itu MYLINE?
Online Resources for Learning in English is a service that offers resources for self-access language learning covering study skills, academic reading, writing and listening, grammar and other resources for learning in English. The service allows you to choose what you want to learn at your own pace.