Penyakit ‘Ain

Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang

Penyakit yang berpunca dari pandangan mata ini bukanlah perbuatan sihir seperti apa yang sesetengah orang anggap.

Kesan & Tanda-Tanda Penyakit Ain :

  1. Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.
  2. Badan selalu rasa lemah dan tidak bersemangat.
  3. Sering diserang demam panas.
  4. Selalu marah-marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.
  5. Dibenci oleh ahli keluarga dan orang terdekat.
  6. Bermimpi sesuatu yang pelik.

Cara Melindungi Diri Daripada Terkena Penyakit Ain :

1. Amalkan Zikir

Amalkan juga zikir ini sebagai pendinding daripada penyakit ‘ain serta musibah lain :

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bacaan Rumi : Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami’ul ‘alim

Maksud : Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Amalkan Surah Al-Falaq

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, kita juga digalakkan untuk mengamalkan surah Al-Falaq supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.

3. Berwaspada / Bersederhana Berkongsi Kisah Peribadi

Dalam kita menggunakan media sosial, kita perlulah sentiasa berwaspada kerana ia boleh menjadi platform yang membawa kepada kemudaratan diri.

Berpada-padalah dalam memuji dan berkongsi kisah peribadi kita. Amalkan zikir, doa serta mintalah perlindungan dari Allah daripada segala musibah.

Sumber : https://siraplimau.com/apa-itu-penyakit-ain-tanda/