Produk Best 2021 – Mesin Basuh

Alangkah bagusnya jika mempunyai mesin basuh bersama setiap kali travel, lebih-lebih lagi ketika travel pada jangka masa yang lama. Dengan beg mesin basuh ini ia mungkin bantu menyelesaikan masalah anda.

Superb!, tiada lagi masalah nak basuh baju. Mudah digunakan dan mudah di bawa. Cuma tinggal sediakan air dan sabun sahaja.

Kalau guna masa mengerjakan umrah atau haji pun bagus.

Sumber : https://www.thevocket.com/peralatan-genius/

Penyakit ‘Ain

Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang

Penyakit yang berpunca dari pandangan mata ini bukanlah perbuatan sihir seperti apa yang sesetengah orang anggap.

Kesan & Tanda-Tanda Penyakit Ain :

  1. Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.
  2. Badan selalu rasa lemah dan tidak bersemangat.
  3. Sering diserang demam panas.
  4. Selalu marah-marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.
  5. Dibenci oleh ahli keluarga dan orang terdekat.
  6. Bermimpi sesuatu yang pelik.

Cara Melindungi Diri Daripada Terkena Penyakit Ain :

1. Amalkan Zikir

Amalkan juga zikir ini sebagai pendinding daripada penyakit ‘ain serta musibah lain :

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bacaan Rumi : Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami’ul ‘alim

Maksud : Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Amalkan Surah Al-Falaq

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, kita juga digalakkan untuk mengamalkan surah Al-Falaq supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.

3. Berwaspada / Bersederhana Berkongsi Kisah Peribadi

Dalam kita menggunakan media sosial, kita perlulah sentiasa berwaspada kerana ia boleh menjadi platform yang membawa kepada kemudaratan diri.

Berpada-padalah dalam memuji dan berkongsi kisah peribadi kita. Amalkan zikir, doa serta mintalah perlindungan dari Allah daripada segala musibah.

Sumber : https://siraplimau.com/apa-itu-penyakit-ain-tanda/

Terima kasih ya Allah

Tahun 2021 ini, menerima seorang lagi sahabat yang dianggap sebagai rakan kerana Allah SWT. Serorang insan yang sangat kuat dan cekal dalam kehidupan.

Semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah, Amin.

Drama Korea

Tahun 2021 ini barulah tahu kenapa orang suka sangat tonton drama korea, terutamanya yang bersiri. Rupanya ada yang BEST. Tapi kena kawal nampaknya, sebab bila telah mulakan nanti tidak sabar untuk lihat episod-episod seterusnya.

Perlu ada kawalan diri jika telah terjebak.

Selamat datang ke Team UTMSupport

Tahun 2021, kita meneriam ahli team baru iaitu Cik Nurul Jannah Mahamud. Selamat datang diucapkan, dan semoga dengan kehadiran beliau dapat memberi sumbangan dan sokongan kepada team kecil ini.

Amat berharap agar team UTMSupport digabungkan dengan 2 team lain supaya menjadi lebih efisyen, Insyaallah.

Cubaan eo young living baru

Menemui dan mencuba essential oil dari Young Living baru iaitu White Angelica. White Angelica merupakan satu campuran yang menenang dan melegakan, mengandungi minyak pati tulen Melissa dan Bergamot yang membawa perlindungan dan aura positif menerusi aroma dengan harmoni.

Suka sangat dengan aromanya.

Sumber : https://www.youngliving.com/ms_MY/products/white-angelica

Kekalkan kesihatan dengan Forever Living

Masih menggunakan produk Forever Living sebagai usaha untuk mengekalkan kesihatan. Insyallah diberikan kesihatan yang baik dari Allah.

Tambah satu lagi produk untuk dicuba iaitu Forever Garlic-Thyme yang mengandungi bawang putih untuk mereka yang ada alergik atau sebarang alahan.