Projek Pembangunan Permit to Work(PTW)

Tahun 2021 adalah bermulanya perancangan untuk membangunkan sistem baru untuk Permit to Work(PTW). Projek ini akan menggunakan nama baru iaitu Sistem Pengurusan Kontratktor atas cadangan pemilik sistem.

Bulan November dan Disember bermulanya proses pengumpulan requirement/keperluan dari pengguna. Diharapkan pada tahun 2022 projek ini akan berjalan dengan lancar, Amin.

Sesi Review bersama Team OSHE, JHB, BK

Projek Naiktaraf T&L Delivery and Resources

Projek Naiktaraf T&L Delivery and Resources 2021 adalah merupakan pembangunan naiktaraf sistem dari TES Report sebelumnya. Proses naiktaraf melibatkan migrasi server dan sistem dari UTMACAD ke server baru TES serta naiktaraf dari modul-modul sediada.

UAT telah berjaya dilaksanakan bersama team UTMLead dan modul admin telah digunakan pada bulan Disember 2021. Syukur Alhamdullillah.

Projek Repositori Dokumen Polisi dan Perundangan

Projek tahun 2021 bermula dengan Projek Repositori Dokumen Polisi dan Perundangan dengan nama singkatan RDPP. Projek dibawah Jabatan Pendaftar sebagai pemilik sistem. Projek ini dibahagikan kepada 2 Fasa iaitu :

  1. Fasa I : Pembangunan Modul Admin dan Warga UTM
  2. Fasa II : Pembangunan Modul Pengguna Luar

Syukur Alhamdullillah sistem telah berjaya dibangun dan dilaksanakan dengan usaha dan kerjasama oleh pihak pemilik dan pembangun sistem UTMDigital. Sistem telah dilancarkan di Perhimpunan NC pad 25 Oktober 2021.

Penggunaan Tools Clickup

Tools Clickup mudah digunakan, namun ada penggunaan agak terhad untuk mengetahui peratus task dan Gantt Chart. Untuk laporan kos peruntukan sumber dan lain-lain juga tiada. Pada tahun hadapan perlu dimaklumkan agar penggunaan tools Clickup dapat digunakan dengan meluas, Insyaallah.

Sumber image : https://app.clickup.com/3655449/v/l/5-12027680-1?pr=3814459

COVID 2021

Tahun 2021 insyaallah beransur pulih kes COVID di Malaysia, Insyaallah. Beberapa staf di PTJ dan Universiti terkesan dengan wabak ini. Semoga pada tahun 2022 wabak ini akan lenyap dan kita semua dapat kehidupan normal seperti biasa.