iFaS : Penyerahan Projek

Alhamdullillah Integrated Facility and Space Management (iFaS) telah dilaksnakan pada 10 September 2023. Semoga sistem ini dapat dimanfaatkan untuk pengurusan ruang oleh pihak seksyen pengurusan fasiliti, insyaAllah.

Meraikan Petugas PKP

Diam tak diam, PKP dalam kenangan. Syukur Alhamdullilah tahun 2023 telah beransur pulih. Ada hikmah atas segala ujian, antaranya mesyuarat boleh dilaksanakan secara hybrid iaitu fizikal atau secara ‘online’.

Jemputan Majlis

Ujian Kompetensi F29

Alhamdullillah masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan Ujian Kompetensi F29 sebagai Ketua Panel dan Penilai, syukur.

Semoga pada tahun akan datang, pegawai yang dipilih memenuhi keperluan team development untuk lebih maju kehadapan, insyaAllah.

Lawatan ke UMP : APEX

Alhamdullillah berpeluang sertai lawatan kerja ke UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) untuk sesi perkongsian penggunaan Oracle Apex oleh UMP pada 14 Februari 2023.

CAKNA SIRI 4 – Artificial intelligence (AI) Chatbot

Alhamdullilah selesai dan berjaya untuk program CAKNA SIRI 4 – AI Chatbot anjuran team DDS, UTMDigital. Terima kasih kerana diberi peluang.

Masih banyak perlu dipelajari mengenai AI, harap diberi peluang untuk sesi, bengkel dan kursus berkaitan pada masa akan datang, insyaAllah.

dari kiri : Wan Mat Wan Sulaiman, Ts. Hjh. Harliza Hj. Haris, Muhammad Syafiq Nastangin Palal, Diniha Miskam, Nuriza Anisa Mohd Shahli, Mohd Fairus Ahmad

Kota / Bandar Taif

Alhamdullilah kali ini berpeluang ziarah Bandar Taif. Cantik bandarnya dan masyaAllah buah-buahannya segar dan jauh lebih murah.

(https://foursquare.com/v/seasonal-fruit-market-taif/4fe311ace4b0d2de33e062c6?openPhotoId=5e19a90c452b0b0008289c35)

Kami berpeluang juga ziarah tempat atau kilang bunga ros di Taif.

(https://www.farhanajafri.com/2018/06/festival-ros-taif-arab-saudi.html)

Ada lagi best, khunafa di Taif rasanya sedap sangat dan murah!

(https://www.facebook.com/muhamadshauqihasan/photos/kunafah-taif-ni-melampau-sedapnya-tag-kawan-dan-orang-kampong-korang-yang-ketagi/2464873853781209/)

“Surat dari Tuhan”

Kebetulan ada shooting drama “Surat dari Tuhan”, pelakon-pelakon singgah di Wadi Berkat. Baru tahu Perniagaan IKHWAN ini sampai ke Tanah Suci, Alhamdullillah.

(sumber https://ikhwanews.com/title/anak-presiden-umno-berkunjung-ke-wadi-berkat-dato-ibu-hudaibiyah/)

(sumber https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/10/1171253/janna-banyak-istighfar-jadi-menantu-jahat-di-tanah-suci)

Peluang Umrah Ziarah

Alhamdullillah syukur diberikan peluang oleh Allah untuk Umrah Ziarah kali ini, semoga Allah kurniakan rezeki lagi untuk ziarah lokasi bersejarah nabi-nabi kita insyaAllah.

Duyufurrahman 2023

Alhamdullilah menjadi Duyufurrahman Umrah, Terima Kasih ya Allah, moga adik-beradik, saudara-saudara dan juga rakan-rakan juga nanti menjadi tematu MU.

Terima Kasih Ustaz Asfi atas bimbingan dari mula hingga tamat sampai ke Malaysia.