Pengalaman Audit Pematuhan Pengekalan Status Swaakreditasi UTM 2023Pengalaman

Status swaakreditasi melayakkan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengakreditasi program pengajiannya sendiri kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang berkenaan.

Peruntukan undang-undang bagi Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan swaakreditasi terkandung dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).