Allah selamatkan Palestin 2023

Perang Israel-Palestin 2023 atau dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa berlaku lagi. Allahhuakbar, ya Allah selamatkanlah umat di Palestin.

Tahun ini taman syurga sesak dengan anak-anak syurga, masyaAllah.

“Surat dari Tuhan”

Kebetulan ada shooting drama “Surat dari Tuhan”, pelakon-pelakon singgah di Wadi Berkat. Baru tahu Perniagaan IKHWAN ini sampai ke Tanah Suci, Alhamdullillah.

(sumber https://ikhwanews.com/title/anak-presiden-umno-berkunjung-ke-wadi-berkat-dato-ibu-hudaibiyah/)

(sumber https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/10/1171253/janna-banyak-istighfar-jadi-menantu-jahat-di-tanah-suci)

Welcome 2023 !!!

Alhamdullillah syukur pada Allah masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik. Semoga tahun 2023 kami masih dilindungi Allah dan diberkati serta dirahmati oleh NYA.

KPI akhirat masih banyak perlu dikejar dan secara tidak langsung KPI di dunia akan mengekori dengan sebaik-baiknya, Amin.

Bercuti luar negara

Sejak PKP, belum ada perancangan lagi untuk ke luar negara. Mungkin belum ada rezeki. Jika ada peluang, ‘ranking’ negara untuk bercuti adalah :

  1. Dubai
  2. Turki
  3. Jepun
  4. Korea

Cakap dalam ‘English’?

Jom kita cuba perbaiki kemahiran bahasa inggeris kita.

Petikan dari :
https://jomenglish.com/cara-nak-pandai-bahasa-inggeris/

1. Praktis bercakap Bahasa Inggeris
2. Dengar lagu dan baca lirik
3. Bergaul dengan orang yang mahir Bahasa Inggeris
4. Tengok movie Bahasa Inggeris dengan sarikata
5. Dengar radio Bahasa Inggeris
6. Ikuti kursus Bahasa Inggeris online

Jimat cermat

Azam tahun 2023, saya ingin berjimat cermat. Kawal untuk membeli pakaian, beg tangan dan lain-lain yang tidak penting.

  1. Banyakkan berpuasa, selain dari dapat berjimat, lebih baik untuk kesihatan dan mendapat pahala sunat
  2. Beli untuk keperluan dan bukan mengikut kehendak
  3. Jadual masakan untuk seminggu untuk elak pembaziran sayuran yang tidak digunakan untuk dimasak
  4. Bawa buah-buahan ke pejabat untuk ‘snack’ tengahari
  5. Membeli barang runcit dalam unit yang besar supaya lebih jimat

Kenali tona kulit anda

Baru saya tahu! Tidak semestinya kita lihat orang berpakaian warna yang dicuba nampak cantik jika kita yang berpakaian warna yang sama. Rupanya kita ada tona warna kulit tersendiri.

Petikan dari :
http://calice.com.my/blog/tips_untuk_memilih_warna_baju_mengikut_tona_kulit

Cara saya berjimat dalam berpakaian

  1. Pilih kain dan baju berkualiti supaya tahan lama
  2. Pilih kain dan baju yang sejuk kerana cuaca Malaysia panas
  3. Pilih seluar yang boleh disesuaikan dengan pelbagai warna baju
  4. Pilih tudung dengan warna asas supaya boleh disesuaikan dengan pelbagai warna baju
  5. Pilih warna kasut ‘basic’ supaya boleh dipadankan dengan beg tangan