Aktiviti Cat Rumah

Aktiviti cat rumah (warna putih) perlu forward ke tahun hadapan 2024, InsyaAllah. Baru tahu warna putih pun Allah jadikan pelbagai warna, SubhanaAllah.

(sumber : https://postcardsfromtheridge.com/2021/09/see-10-wonderful-white-rooms-that-will.html)

Aktivit Bilik Stor Rumah

Target saya untuk kemas dan ‘organize’ bilik stor di rumah perlu forward ke Tahun hadapan. Azam supaya berjimat jika membeli baju, agak sukar dan kemas jika terlalul banyak. Beli yang perlu sahaja. InsyaAllah, kena istiqomah.

Gotong Royong Unit Support

Alhamdullillah, gotong royong membersihkan ruang sementara di Bilik Multimedia. Dalam masa yang sama kami buat Pot Luck dan bacaan Yassin, syukur dapat juga laksanakan walaupun hanya kecilan.

Ruang Kerja Sementara (BMM)

Ruang Kerja Sementara kerana ketiadaan aircond di Bilik Openoffice, Aras 3 adalah di Bilik Multimedia (BMM), Aras 4. Alhamdullillah ruang yang selesa untuk kami meneruskan tugasan seharian, syukur atas nikmat Allah.

Biskut Topi

Anda semua panggil biskut ini apa ? Biskut Kopi atau Biskut Telinga? Biskut ini ‘famous’ masa zaman saya kecil-kecil dahulu. Akhirnya saya telah jumpa kedai borong yang menjualnya secara timbang, Alhamdullillah.

Biskut Topi / Telinga

Allah selamatkan Palestin 2023

Perang Israel-Palestin 2023 atau dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa berlaku lagi. Allahhuakbar, ya Allah selamatkanlah umat di Palestin.

Tahun ini taman syurga sesak dengan anak-anak syurga, masyaAllah.