Cara saya berjimat dalam berpakaian

  1. Pilih kain dan baju berkualiti supaya tahan lama
  2. Pilih kain dan baju yang sejuk kerana cuaca Malaysia panas
  3. Pilih seluar yang boleh disesuaikan dengan pelbagai warna baju
  4. Pilih tudung dengan warna asas supaya boleh disesuaikan dengan pelbagai warna baju
  5. Pilih warna kasut ‘basic’ supaya boleh dipadankan dengan beg tangan

 

Memperbaiki tulisan tangan

Terlalu lebih menaip berbanding dari menulis, saya rasa saya perlu kerap menulis sekarang. Tulisan semakin tidak rapi dan lambat untuk menulis.

15 tulisan tangan paling kemas abad ini!

Langkah untuk perbaiki :

  1. Kenali tulisan yang sesuai dengan anda
  2. Kenalipasti pen yang sesuai
  3. Posisi yang sesuai untuk menulis
  4. Latihan menulis abjad sehingga mahir

Petikan dari :
https://id.wikihow.com/Memiliki-Tulisan-Tangan-yang-Indah
https://www.youtube.com/watch?v=MpaUnhNpvOQ

 

Langkah untuk sihat

  1. Menjaga pemakanan seperti kurangkan gula dan garam dalam pemakanan, makanan bergoreng, makanan segera, makanan ‘frozen’
  2. Lebihkan memakan sayuran dan buah-buahan
  3. Sediakan minuman detoks
  4. Persediaan untuk menaikkan metabolisma badan
  5. Bersenam sekurang-kurang setengah jam setiap hari
  6. Berpuasa sekurang-kurangnya 2 hari dalam seminggu

InsyaAllah saya kena kuat kan azam untuk teruskan usaha-usaha diatas.

Kemas bilik office

Terlalu sibuk dengan tugasan, tidak kesempatan untuk mengemas bilik individu di pejabat.

  1. Agih barang yang perlu atau tidak perlu
  2. Bersihkan perabut dan bilik
  3. Susun atur perabut semula
  4. Hiasan dengan pewangi, pokok dan gambar frame

Petikan dari : https://www.google.com/search?q=dekorasi+bilik+pejabat&client=firefox-b-d&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjF84edupH8AhUfzjgGHdErAdEQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=587&dpr=1.5#imgrc=X1D2DRytG6-vXM

Rajin jumpa Doktor

Tahun 2022, cecah usiaku ke 50 tahun. Terima kasih Ya Allah atas kesihatan yang kau berikan, syukur Alhamdullillah.

Selain dari suplemen kesihatan dan bersenam, semakan tahap kesihatan juga perlu dengan berjumpa doktor.

Perlu sediakan jadual dan tahun 2023, akan sambung untuk membuat ujian kesihatan dengan doktor di Pusat Kesihatan UTM (PKU), insyaAllah.

Bunga hiasan palsu

Mencari masa untuk membersihkan bunga hiasan palsu dalam bilik. Kali ini tidak lagi. Saya cuba untuk kurangkan pokok-pokok hiasan palsu di setiap ruang. 

Cadangan paling tidak menggunakan pokok-pokok kecil di dalam bekas air.

 

 

‘Organize skrin notepad’

Mohon kesempatan, ya Allah untuk aku turut dalam ‘organize’ skrin depan pc/notebook masing-masing. Jika telah ada level dalam mel kita, maka untuk membaca mel setiap kali ‘routine’ awal pagi dan sebagainya, maka pada masa akan datang ianya tidak memerlukan masa yang panjang dalam membaca mel yang baru sampai.

Hidup tanpa stres

Saya suka dengan ayat ini, ‘Jika kita kejar akhirat, maka dunia akan turut serta’. Yakin bahawa ianya pasti. Mungkin kita tidak yakin kerana balasannya kita tidak nampak dgn mata zahir.

Tahun 2023, berazam,  kejar akhirat paling utama supaya dunia akan turut  dikejar tanpa disedari, tanp sedar. Amin InsyaAkllah.

Inspirasi ruang solat di kediaman

Cadangan dan keinginan untuk menyediakan ruang solat. Jika tidak dapat sediakan ruang yang luas, sekadar dapat sediakan ruang yang selesa pun sudah cukup memadai. InsyaAllah niat yang baik akan Allah tunaikan.

Petikan dari : https://ohrumahidaman.com/40-inspirasi-ruang-solat/