Countdown Tahun 2023

Selamat tinggal tahun 2022 dan Selamat datang tahun 2023.

Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu. Baru sahaja rasa seperti awal tahun 2022, rupanya tinggal menghitung beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya tahun 2023. Allahhuakbar. Sangat cepat masa beredar dan dunia ini berputar.

Selain mengisi LNPT 2022, saya perlu semak KAI diri sendiri adakah tercapai atau masih di takuk lama. Masih banyak perlu diperbaiki, ya Allah panjangkan rezeki usia kami dalam penuh keberkatan, InsyaAllah Amin.

FIFA World Cup Qatar 2022

Sekian lamanya tidak menonton bola, paling tidak tahun ini semi final dan final kena tonton juga. Tidak rugi sengkang mata tonton pertandingan final, cemas setiap saat. Apa-apa pun memang hebat kedua-dua tim iaitu Argentina dan Perancis.

Kejuaran FIFA piala dunia 2022 jatuh kepada Argentina. Tahniah!!!


https://www.reuters.com/lifestyle/sports/drama-specialists-argentina-deserve-their-world-cup-title-2022-12-18/

Tahun 2022, Balik mengundi di kampung

Demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita balik mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

Suasananya seperti beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya. Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.


https://www.ruby.my/2022/11/tahniah-dato-seri-anwar-ibrahim-perdana.html

Kenali teman ke Syurga Firdaus

Alhamdullillah tahun 2022 ini bertambah teman baru untuk sama-sama kita menujuk ke Syurga Firdaus InsyaAllah ya Allah.

Mana sangka, seseorang yang tidak pernah rapat dengan kita, dengan rezeki dari Allah menjadi teman yang rapat dalam mengharung susah senang dan ujian di dunia yang sementara ini. Syukur Alhamdullillah.

Pengendalian STUM (Stand-up Meeting)

Salah satu agenda di dalam Kaedah Agile. Umumnya stand up meeting ini dilakukan dalam waktu yang singkat, sekitar 15 minit dan biasanya dilakukan dengan cara berdiri.

Biasanya pertanyaan yang perlu dimaklumkan kepada tim iaitu : 

  • Apa yang sudah dilakukan semalam? 
  • Apa yang akan dilakukan hari ini? 
  • Apa masalah dan kekangan yang ditemui dalam menjalankan tugas?

Percubaan untuk tahun 2022, jika ada masa terluang, Tim Support selitkan sedikit ‘Game’ ringkas untuk menghilangkan stres semasa bertugas. Alhamdullilah diterima baik oleh ahli tim semua, Terima Kasih.

Pengalaman Ketua Unit Sokongan

Tahun 2023 peluang diberikan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Unit Sistem Sokongan di bawah naungan En. Mokhles sebagai Ketua Seksyen,  Pn. Siti Mariyam sebagai Timbalan Pengarah dan En. Nik Kamal sebagai Pengarah UTMDigital.

Ketua Unit : Ts. Hjh. Harliza binti Haris
Pegawai Teknologi Maklumat Kanan :
1. Pn. Noor Aneza binti Atan

Pegawai Teknologi Maklumat  :
1. Pn. Nurul Husna binti Md. Zaini
2. Cik Noor Baidura binti Ismail

Pen. Pegawai Teknologi Maklumat  :
1. Zuraida binti Yahya
2. Nurul Jannah binti Mahmud
3. Norzemawati binti Zakaria
4. Siti Khadijah binti Kamaruddin
5. Siti Norain binti Mohd Taib
6. Nuriza Anisa binti Mohd Shahli

 

Ujian Kompetensi Skim F29

Alhamdullillah tahun ini diberikan peluang dan dilantik sebagai Ketua Panel bagi Ujian Kompetensi Skim F29. Agak mencabar juga kerana ada yang ahli yang pakar dan sama level dengan Ketua Panel. Namun alhamdullillah dapat dikendalikan dengan baik dengan rahmat Allah SWT.

Niat hanya kerana Allah dan kerana UTM.

Sesi bergambar ahli panel ujian kompetensi F29

Resepi Overnight Oat

Tahun ini 2021, kita cuba Overnight Oat, ingatkan muak, rupanya sedap. Bahannya adalah roll oat, susu segar dan boleh dicampurkan dengan kekacang, buah-buahan dan seeds.

Sumber : https://www.hijabista.com.my/21-resipi-rolled-oats-lebih-kenyang-dari-nasi/

Cermin mata rabun dekat

Setelah lama kerana tidak berkesempatan untuk ke Kedai Cermin mata, akhirnya rasa lega dapat tempah cermin mata rabun dekat.

Rasa puas bila membaca dan melihat komputer. Allahhuakbar sedikit-sedikit nikmat telah berkurang bermakna usia ku telah bertambah.

Pada mula saya rasa hendak membeli cermin mata 2 dalam 1 iaitu rabun dekat dan jauh, tapi nampaknya belum dapat menerimanya kerana pening.

Terpaksalah menggunakan 2 cermin mata dan tukar-tukar mengikut kesesuaian. Namun bersyukur sangat kerana diberi peluang oleh Allah untuk melihat, Amin.

Ziarah pusara untuk keinsafan

Peringatan untuk diri sendiri. Dulu semasa kecil rasa takut jika melalui kawasan perkuburan. Bila masa berlalu dan usia semakin meningkat, kawasan pusara adalah kawasan yang tenang bila waktu pagi.

Rasa insaf sangat-sangat dan merasai dunia ini terlalu kecil buat saya. Semoga kita semua dikasihi Allah SWT dan menjadi tetamu syurga firdaus Amin.

Salah satu Kawasan Pusara di Bosnia – Sumber : https://rileklah.com/viral/
Salah Kawasan Pusara di England – Sumber : https://rileklah.com/viral/
Salah Kawasan Pusara di Perancis – Sumber : https://rileklah.com/viral/