Cepat dan kemas. Tudung instant Zihaluv dan Hanami menjadi pilihan. Pilih warna pastel yang mudah dipadukan dengan baju kurung dan kasual.
Tips khusyuk solat
Suka dan insaf sangat bila terbaca tips ini di status rakan :
- Andaikan solat di mekah menghadap ke kiblat
- Andaikan berada di atas titian sirat
- Andaikan sebelah kanan adalah syurga
- Andaikan sebelah kiri adalah neraka
- Jika solat ketika itu adalah solat yang terakhir
Drama Cukup Derita itu
Setelah lama tunggu Drama Cukup Derita itu -1 baru sambung semula Drama Cukup Derita itu -2. Banyak yang dapat dipelajari dari drama ini.
Sejahat-jahat manusia, masih ada peluang Allah beri untuk bertaubat. Pilihan adalah pada diri manusia itu sendiri. Allah tidak memandang pada permulaan seseorang tetapi pada pengakhirannya. Teramat BAIK nya Allah.
Insan yang teraniaya pula, sangat suci hatinya untuk memaafkan orang yang telah menganiaya. Dengan memaafkan hati lebih lega dan tenteram. Allahhuakbar.
Terima Kasih Forever Living
Cabutan bertuah bulan November, syukur Alhamdullilah dapat set pisau. Sambil membeli sambil itu juga dapat cenderahati.
Aktiviti Bersih Tilam – PerySmith
Tawakal membeli produk penyedut habuk tilam PerySmith Dust Mite Vacum melalui Shopee aje. Alhamdullillah seronok bila nampak hasilnya.
Syukur sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan alergik atau alahan. Terima kasih ya Allah.
Membeli-belah di Shopee
Sejak PKP pembelian barang atau produk banyak dibeli melalui Shopee. Tapi pengalaman membeli barang kaca tidak digalakkan. Setakat ini barang elektrik masih boleh dipercayai.
Harga barang jika dibeli di kedai atau mall memang jauh berbeza, cuma jika membeli secara fizikal adalah lebih puas hati.
Pilihan adalah ditangan kita sendiri, kena bijak di zaman serba teknologi ini jika ingin berjimat.
Produk Best 2021 – Mesin Basuh
Alangkah bagusnya jika mempunyai mesin basuh bersama setiap kali travel, lebih-lebih lagi ketika travel pada jangka masa yang lama. Dengan beg mesin basuh ini ia mungkin bantu menyelesaikan masalah anda.
Superb!, tiada lagi masalah nak basuh baju. Mudah digunakan dan mudah di bawa. Cuma tinggal sediakan air dan sabun sahaja.
Kalau guna masa mengerjakan umrah atau haji pun bagus.
Produk Best 2021 – Lampu Poket
Revolusi lampu suluh yang lebih pintar. Saiz sekecil kad kredit dan mudah di bawa. Kami rasa semua orang perlu ada satu ni.
Masa blackout amat berguna.
Produk Best 2021 – Mug Kacau Sendiri
Mug atau kole ini tolong kacaukan minuman untuk anda, selamat tinggal sudu. Boleh jimatkan tenang ketika mahu minum kopi, tak perlu lenguhkan tangan untuk kacau lagi. Mug berteknologi.
Penyakit ‘Ain
Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang
Penyakit yang berpunca dari pandangan mata ini bukanlah perbuatan sihir seperti apa yang sesetengah orang anggap.
Kesan & Tanda-Tanda Penyakit Ain :
- Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.
- Badan selalu rasa lemah dan tidak bersemangat.
- Sering diserang demam panas.
- Selalu marah-marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.
- Dibenci oleh ahli keluarga dan orang terdekat.
- Bermimpi sesuatu yang pelik.
Cara Melindungi Diri Daripada Terkena Penyakit Ain :
1. Amalkan Zikir
Amalkan juga zikir ini sebagai pendinding daripada penyakit ‘ain serta musibah lain :
بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Bacaan Rumi : Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami’ul ‘alim
Maksud : Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
2. Amalkan Surah Al-Falaq
Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, kita juga digalakkan untuk mengamalkan surah Al-Falaq supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.
3. Berwaspada / Bersederhana Berkongsi Kisah Peribadi
Dalam kita menggunakan media sosial, kita perlulah sentiasa berwaspada kerana ia boleh menjadi platform yang membawa kepada kemudaratan diri.
Berpada-padalah dalam memuji dan berkongsi kisah peribadi kita. Amalkan zikir, doa serta mintalah perlindungan dari Allah daripada segala musibah.
Sumber : https://siraplimau.com/apa-itu-penyakit-ain-tanda/