Boleh ke pergi umrah tanpa guna agensi umrah?

Jawapannya BOLEH !!

Sebelum ini, untuk masuk Arab Saudi cuma boleh menggunakan visa umrah, visa haji, visa pekerja, visa keluarga, visa perniagaan (jemputan) dan visa diplomat (jika ada lagi boleh tambah).

Tapi pada September 2019, Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Visa pelawat (Visit visa) untuk menggalakkan industri pelancongan di negara dua tanah haram. Visa pelawat atau visa pelancong ini boleh dipohon melalui lawan web sahaja dan kita akan dapat visa kurang 24jam selepas di pohon.

Apa yang menarik tentang Visit visa ialah :

? Tempoh duduk di Arab Saudi lebih panjang iaitu 3 bulan maksima (90 hari)

? Tempoh sah visa ialah 1 tahun. Jadi pelawat boleh masuk ke Arab Saudi berapa kali yang mereka suka selagi belum cukup 3 bulan maksima dan tak melepasi tamat tempoh visa iaitu setahun

? Harga visa cuma SR400++ atau RM465.20 (perubahan charge mengikut perkara di tetapkan MOFA dan tukaran mata wang)

? Perlindungan Insurans hampir SR10,000

? Boleh melawat seluruh tempat di Arab Saudi tanpa sekatan termasuk melaksanakan Ibadah umrah dan ziarah ke Madinah

Ia jauh lebih baik dan murah jika nak dibandingkan dengan visa umrah. Visa umrah terdapat pelbagai kelemahan iaitu

  • Valid untuk 30 hari sahaja
  • Cuma boleh pergi 3 tempat iaitu Makkah, Madinah dan Jeddah (Taif tak termasuk dalam visa umrah)

Pada yang pernah melaksanakan ibadah umrah dan ingin ketempat menarik di Arab Saudi saya sarankan dapatkan Visit visa. Kos lebih murah berbanding melalui visa umrah dan mendapatkan khidmat agensi umrah. Pada yang pertama kali nak laksana umrah, saya sarankan ambil khidmat agensi umrah demi kelancaran melaksanakan ibadah.

Visit visa ni tak perlu minta orang tengah atau agensi pelancongan atau agensi umrah buat kan kerana mereka mungkin akan mengenakan charge lain.

Nak mohon visit visa boleh tekan link dibawah :

https://visa.visitsaudi.com/Registration/Verify

Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua sahabat ?

Kredit Tulisan : Muhammad Amran