Tempat ini merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam Surah Al Anfal ayat 9 & 10, Iaitu pada malam sebelum mulanya peperangan Badar baginda Rasulullah S.A.W berdoa di suatu tempat namanya Arisy, di kawasan Badar, maka pada hendak mulanya peperangan itu, Allah s.w.t turunkan bantuan.

Bantuan apa? Itulah berupa 1000 tentera di kalangan para Malaikat, seperti mana di rakamkan dalam ayat Al Quran berikut, di samping strategi Nabi S.A.W yang bijak , ini juga antara rahsia faktor kemenangan tentera Islan di medan Ghazwah Badar.

FIRMAN ALLAH S.W.T

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Anfal : 9-10