**Saya sertakan pos-semula mesej integriti kepada staf UTM. Ia begitu penting untuk kita hayati dan ikuti. Bukan sekadar kepada individu luar atau yang ada faedah bisnes, malah kepada pelajar yang kita ajar dan nilai. Semoga Allah menuntun kita dijalan yang benar hingga ke syurga.***

Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua warga kampus, dan Selamat Tahun Baru 2017. 

 
Siri Mesej Integriti kembali meneruskan tugas pada tahun ini dengan pelbagai mesej yang sarat dengan pesanan integriti untuk tatapan semua. 
 
Sempena bermulanya tahun baru 2017, mari kita sama – sama membuat semakan integriti (integrity check) dalam meneruskan tugas pada tahun ini. Sebagai penjawat awam, sebelum membuat keputusan atau sesuatu tindakan, kita hendaklah sentiasa memastikan :
 
 Adakah tindakan itu bersesuaian mengikut perundangan negara? 
 
– Adakah ia bersesuaian dengan peraturan dan dasar organisasi? 
 
– Adakah ia mengakibatkan percanggahan dengan membelakangkan kepentingan awam untuk kepentingan diri? 
 
Untuk mengekalkan integriti, seseorang penjawat awam hendaklah sentiasa: 
 
Tidak menerima hadiah dan faedah daripada mereka yang berurusan rasmi dengannya walaupun tiada sebarang balasan      diterima;  
 
– Tidak memihak atau menunjukkan kecenderungan dalam berurusan dengan mana – mana individu atau syarikat; 
 
– Melaporkan dengan segera sebarang tawaran rasuah
 
– Membuat keputusan perlu berdasarkan fakta dan merit, dan 
 
– Perlu menghormati kepelbagaian budaya dan agama dalam masyarakat majmuk. 
 
Sama – sama kita renung, firman Allah SWT bermaksud, ” Bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri berusaha mengubah nasib mereka sendiri.” (Surah Ar-Raad, ayat 11). 
 
Juga pesanan daripada William J. Johnston juga wajar diperhalusi iaitu ‘The most significant change in a person’s life is a change of attitude. Rights attitudes produce right actions’. 
 
Justeru, mari lihat cara untuk berubah yang dikongsikan pula oleh A.A. Gym, dimana beliau menyatakan, 3M yang utama adalah: 
 
– Mulai dari diri sendiri, 
– Mulai dari hal – hal kecil, dan 
– Mulai dari SEKARANG. 
 
Justeru, selamat menempuh tahun baru 2017 dengan azam dan tekad yang baru.
 
Sekian, terima kasih kerana sudi memberi ruang masa anda membaca mesej ini. 
 
BERSUMBER : Penjawat Awam Berintegriti, oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). 
almaidah5_42