Program Latihan Pengungsian Bangunan Blok D07

Program Latihan Pengungsian Bangunan D07 telah dilaksanakan pada:-

Tarikh: 27.12.2023 (Rabu)

Masa: 9 pagi -9.30pagi

Tempat berkumpul: Parking Utama D07.

(sekiranya hujan berkumpul di aras 2 hadapan pejabat Am)

Diminta staf yg berada di D07 , apabila loceng penggera kebakaran berbunyi

1. Segera dan tenang menuju tempat berkumpul (jangan menggunakan lif kecuali yg semput atau uzur)

2. Berkumpul sebaris mengikut aras bangunan D07, iaitu aras 1, aras 2, aras  3 dan aras 4 susunan dari kiri ke kanan di tempat berkumpul.

3. Ketua ketua aras pastikan semua ahli aras selamat dan berada dalam barisan dan kira bilangan ahli masing masing.

Kerjasama semua diucapkan jutaan terima kasih.

Posted in Event UTMD | Leave a comment

PROGRAM LAWATAN PELAJAR FAKULTI KOMPUTERAN KE UTMDIGITAL 2023

Satu lawatan dari pelajar-pelajar Tahun 1 Fakulti Komputeran dibawah Subjek SECP1513 – Technology and Information System telah mengadakan lawatan ke
UTMDigital bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman “walk through the system” berkaitan UTMDigital.

Lawatan ini telah disertai oleh 362 pelajar dari 7 seksyen. Program lawatan ke UTMDigital
ini akan diadakan secara bersiri iaitu bermula dari 5hb hingga 20hb Disember 2023.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN KE UTMDIGITAL

  1. Assemble at UTMDigital Lobby – Level 2
  2. Group photo
  3. Visit to “Open Office”
  4. Visit to “Digital Care”
  5. Visit to UTMDigital Discussion Space – “TM Room”, “Sangfor Room”, “Ruckus Room”, “Juniper Room”
  6. Poster viewing at Lobby Level 2 (while queuing for visit to Data Centre)
  7. Visit to UTMDigital Data Centre (the visit will be conducted by-turn, in small group of 10
    students)
  8. Scan for attendance
  9. End of visit

Lawatan Pelajar Seksyen 2 ke Ruang Terbuka (Open Office DDI)

Posted in Event UTMD | Leave a comment

Fiesta ISES 2023

Objektif anjuran Fiesta ini adalah :

Fiesta ISES 2023 telah melabuhkan tirainya pada 20 Disember 2023 yang lepas. Fiesta yang di anjurkan oleh Jabatan Pendaftar UTM ini melibatkan penyertaan dari Fakulti dan Ptj di dalam dan luar UTM.

  1. Menterjemah penulisan buku “ISES Budaya UTM’ kepada pelaksanaan pembudayaan nilai teras UTM.
  2. Meningkatkan kefahaman berkaitan nilai teras UTM.
  3. Mewujudkan sinergi antara PTJ dalam melaksanakan Program Fiesta ISES.

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Pertandingan Monumen ISES
  • Pertandingan Pop Kuiz
  • Senamrobik
  • Forum ISES
  • Ceramah
  • Kupasan Buku ISES: Budaya UTM
  • Treasure Hunt
  • Food Truck
  • Pameran ISES
  • Cabutan Bertuah (Hadiah menarik disediakan kepada pengunjung bertuah)

UTMDigital juga tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti yang disediakan. Team Hiasan telah dipertanggungjawabkan untuk menghiasi Booth UTMDigital di DSI.

Selain itu juga, Pertandingan Monumen telah menjadi salah satu ‘highlight’ sepanjang Fiesta ini berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftar kerana telah berjaya menjayakan Fiesta ISES 2023 dengan jayanya. Segala maklumat lanjut berkenaan Fiesta ISES 2023 ini boleh dilawati di https://registrar.utm.my/fiestaises2023/ .

Posted in Event UTM | Leave a comment

Majlis Konvokesyen UTMSPACE 2023

Majlis Konvokesyen UTMSpace 2023 telah melabuhkan tirainya pada 25 November 2023.

Seramai 1572 graduan telah menghadiri Majlis ini dengan pecahan seperti berikut:-

134 Graduan – Diploma Eksekutif

1036 Graduan – Diploma Professional

402 Graduan – Sarjana Professional

Seperti tahun-tahun sebelumnya, team Academic UTMDigital telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kecil Teknikal bagi Majlis besar ini.

Posted in Event UTM | Leave a comment

University Staff Games (USG) 2023

UTM STAFF GAMES (USG) 2023

Acara Petanque : 09 – 10 Jun 2023

** Triple Wanita mewakili UTMD

Acara Karom : 23 Jun 2023

** Single Wanita mewakili UTMD. Tiada rezeki, kandas di suku akhir. InsyaAllah tahun depan cuba lagi.

Acara : Bola Tampar Wanita : 07 Julai 2023

Posted in Event UTM | Comments Off on University Staff Games (USG) 2023

Sambutan Hari Raya UTMDigital 2023

Raya-raya, raya-raya
Selamat Hari Raya
Kami ucapkan kepada satu dunia

Raya-raya, raya-raya
Selamat Hari Raya
Bersalam-salaman
Bermaaf-maafan
Sesama insan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) 2023 telah diadakan pada Hari Ahad, 14 Mei 2023, dari jam 11.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Sambutan Hari Raya ini telah menyediakan pelbagai juadah yang telah disediakan mengikut Bahagian.

Suasana meriah sambutan ini dapat dirasakan apabila semua staf UTMDigital melibatkan diri bersama-sama pada majlis ini.

Posted in Event UTMD | Comments Off on Sambutan Hari Raya UTMDigital 2023

Website WordPress Training @ UTM

Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru telah menganjurkan satu Kursus Website WordPress Training @ UTM / WebPeople@UTM yang bertempat di Studio Komputer Seni Bina , Aras 1, Blok B11, FABU , UTM Johor Bahru.

Seramai 9 orang wakil dari Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah menyertai kursus ini. Kursus selama setengah hari ini merupakan 1 kursus pengenalan kepada penulisan dan publishing laman web peribadi UTM.

Pengajar kursus ini merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penulisan laman web iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Bin Zakaria.

Result of Website WordPress Training @ UTM #Trainer – by Zaki Yamani

Result of Website WordPress Training @ UTM #1 – by Suhailah Surani

Result of Website WordPress Training @ UTM #2 – by Nuriza Anisa

Posted in Uncategorized | Comments Off on Website WordPress Training @ UTM

CITRA KARISMA UTM 2022

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Citra Karisma 2022 bagi meraikan kecemerlangan staf untuk tahun 2021 selepas kali terakhir ianya diadakan secara fizikal pada tahun 2020.

Majlis Citra Karisma adalah majlis tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar bagi menghargai staf UTM dan Pusat Tanggungjawab yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang perkhidmatan bagi tahun penilaian semasa.

Selain itu, majlis ini turut meraikan individu dan kumpulan staf di dalam beberapa kategori anugerah menerusi sumbangan penyelidikan, perundingan, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain bidang.

APC 2021
Gambar Kenangan bersama Pengarah & Timbalan Pengarah UTMD
Posted in Event UTM | Comments Off on CITRA KARISMA UTM 2022

2020 is just around the corner

Apabila tahun semakin hampir, kita mempunyai kecenderungan untuk memulakan perancangan untuk tahun hadapan. Tetapi cara terbaik untuk membuat perubahan adalah untuk menetapkan niat yang jelas.

Dengan tahun baru yang akan datang, tiada peluang untuk berjeda dan memikirkan tahun yang telah berlalu. Tetapi Hari Tahun Baru bukanlah semuanya tentang meninggalkan masa lalu di belakang. Ini juga tentang menghadapi cabaran baru dengan perspektif yang segar.

Cerminan pada tahun yang telah berlalu menjadi satu cara yang baik untuk menilai pengalaman kita dan apa yang telah kita dipelajari Perkara-perkara yang terjadi ini sedikit sebanyak dapat membantu menetapkan matlamat yang kita tetapkan untuk tahun yang akan datang.

“Tomorrow is the first blank page of a 365 page book. Write a good one.” —Brad Paisley

Dikalangan kita, tahun baru merupakan 1 platform untuk memulakan langkah yang terbaik. Tinggalkan semua alasan, dan melangkah lah dengan penuh keyakinan.

Kita akan tersadung, jatuh dan belajar sepanjang kembara hidup kita. Tetapi dalam perjalanan inilah, kita akan menemukan pengajaran paling berharga, mencapai matlamat yang telah kita rancangkan.

Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Wallahualam…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sukan BAKES USG 2019

Bagi Tahun 2019, penyertaan tahun ini agak kurang dibandingkan tahun 2018. Mungkin komitem kerja dan tuntutan tanggungjawab lain menyebabkan penyertaan dari Warga CICT agak mengecewakan. Beberapa perubahan teknikal jugak menyumbang kepada masalah tersebut. Team CICT di bawah Ketua Kontijen En. Rizam Bin Sarman hanya menghantar wakil untuk beberapa acara. Diantara nya : Badminton, Bowling, Bola Sepak, Bola Tampar (Lelaki), Bola Jaring, Larian, Petanque dan Woodball. Bagi acara favorite – Dragon Boat terpaksa dibatalkan acara kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielak kan.

Akan tetapi, walaupun sedikit acara yang disertai,  banyak jugak pingat yang dipungut oleh atlet CICT. Antaranya Lontar Peluru Wanita Vateran, Olahraga Lelaki Vateran, Petanque Wanita Single, Double & Triple. Mereka yang mewakili CICT ini telah memberikan komitmen yan padu dan bersungguh-sungguh. Tahniah & Syabas..

Posted in Sharing is Caring | Leave a comment